window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli?

Haris · Oct 9, 2021 10:00 AM

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 01

Apakah jenama kereta yang paling dipercayai? Apakah jenama kereta yang sepatutnya anda beli seterusnya? Bergantung kepada siapa yang anda tanyakan soalan tersebut, anda akan menerima jawapan yang berbeza.

Hal ini kerana, metodologi kajian berbeza - tanggapan pengguna, standard industri dan keadaan memandu juga berbeza-beza berdasarkan lokasi.

Sebagai contoh, beberapa pemandu akan melaporkan kabin yang bising atau skrin infotainment yang kurang responsif sebagai masalah, sedangkan itu hanyalah sekadar karakter kereta tersebut. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebilangan besar kajian tidak melakukan perbezaan yang jelas antara ciri yang tidak memenuhi persepsi pengguna berbanding kesalahan sebenar dengan kereta.

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 01

Selain itu, usia kenderaan yang dikaji juga sangat berbeza. Sekiranya data kajian seperti itu dijual kepada syarikat kereta, maka tidak logik untuk memasukkan data kereta yang lebih tua, kerana pengeluar hanya berminat dengan model baru sahaja.

Di Amerika misalnya, J.D. Power telah menobatkan Lexus sebagai pengeluar kereta yang paling dipercayai untuk tahun 2021.

Berikut adalah senarai 10 jenama terbaik mengikut kajian J.D Power:

  1. Lexus
  2. Porsche
  3. Kia
  4. Toyota
  5. Buick
  6. Cadillac
  7. Hyundai
  8. Genesis
  9. Lincoln
  10. Acura

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 02

Lexus UX

Sementara itu, Consumer Reports melaporkan bahawa Mazda adalah jenama kereta paling dipercayai pada tahun 2021, sementara BMW adalah jenama kereta premium yang paling dipercayai (BMW, paling dipercayai?).

Consumer Reports menyenaraikan 10 jenama kereta paling dipercayai tahun 2021 seperti berikut:

  1. Mazda
  2. BMW
  3. Subaru
  4. Porsche
  5. Honda
  6. Lexus
  7. Toyota
  8. Chrysler
  9. Buick
  10. Hyundai

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 03

Mazda CX-5

Consumer Reports juga menambah bahawa kereta yang paling dipercayai di Amerika Syarikat adalah sebuah hibrid, iaitu Toyota Prius.

Model kereta paling dipercayai pada tahun 2021, menurut Consumer Reports adalah:

  1. Toyota Prius
  2. Lexus NX
  3. Buick Encore
  4. Lexus GX
  5. Honda HR-V

Baca: Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 04

Sekiranya anda bertanya kepada British melalui portal What Car?, jawapannya adalah Lexus, Dacia, Hyundai / Suzuki (seri), MINI / Toyota (seri), Mitsubishi, Mazda, Kia, dan MG, mengikut turutan tersebut.

Jadi apa pula jenama kereta yang paling dipercayai di Malaysia? Oleh kerana pasaran kita yang kecil, sukar untuk mendapatkan jumlah pemilik yang cukup untuk mengambil bahagian dalam kajian seperti negara-negara maju (bila kali terakhir anda dipanggil untuk tinjauan?) justeru tak banyak data yang boleh dirujuk.

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 05

J.D. Power pernah melakukan kajian kualiti industri automotif di Malaysia tetapi syarikat itu telah menutup operasinya di sini. Sungguhpun begitu, tinjauan J.D. Power Malaysia tidak memberi data yang boleh digunakan kerana ia hanya merangkumi model kereta berusia 6 bulan atau kurang. Kereta buatan China pun tak akan memberi masalah dalam masa yang sesingkat itu.

Oleh itu sebagai alternatif, berikut adalah senarai jenama kereta paling dipercayai di Malaysia untuk tahun 2021, berdasarkan bukti anekdot.

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 06

Toyota Vios dengan enjin 1.5 liter 2NR-FE, enjin paling dipercayai di Malaysia menurut kami

5 jenama kereta paling dipercayai di Malaysia pada tahun 2021 (tanpa turutan) adalah:

  • Subaru
  • Suzuki
  • Toyota
  • Mazda
  • Perodua

Baca: 7 enjin paling dipercayai di Malaysia, kereta mana yang ada enjin-enjin ini?

Dari segi kebolehpercayaan, dua jenama ‘S’ dari Jepun, Subaru dan Suzuki sering dibayangi oleh jenama kumpulan Toyota Motor, walaupun hakikatnya, kedua-dua jenama S itu benar-benar bagus.

Malah, ada beberapa model Subaru dan Suzuki yang kami rasakan lebih baik daripada Toyota.

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 07

Subaru adalah jenama kereta yang sangat tahan lasak. Di New Zealand dan Australia, Subaru adalah kereta pilihan untuk petani, yang tinggal berjam-jam dari bantuan terdekat dan harus merentasi banyak jalan yang tidak berturap.

Bagi mereka, kebolehpercayaan Subaru dan pacuan semua roda (AWD) yang ditawarkan secara standard sangatlah dihargai.

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 08

Suzuki bukan nama besar di sini tetapi pemandu di India mampu mengesahkan kebolehpercayaan jenama ini. Logik juga kerana keadaan pemanduan di India jauh lebih teruk daripada di Malaysia. Untuk itu, Suzuki adalah jenama kereta No.1 di India.

Seterusnya, berikut adalah 5 jenama kereta paling dipercayai di Malaysia pada tahun 2021 (tanpa turutan tertentu):

  • Honda
  • Hyundai
  • Kia
  • Nissan
  • Mitsubishi

5 tahun kebelakangan ini bukan masa yang terbaik untuk Honda dari segi kualiti, sekurang-kurangnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, ia masih di atas standard industri. Cuma mungkin tidak setanding dengan model Toyota yang setara.

Baca: Honda sangat popular di Malaysia tapi mengapa tak ramai yang beli model recond Honda?

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 09

Jika tak berkualiti, tak mungkin jadi pilihan PDRM

Beberapa tahun lalu, kami akan ragu-ragu untuk meletakkan Nissan dalam senarai, dengan Almera generasi lalu yang langsung tidak sinonim dengan kebolehpercayaan. Tetapi model Nissan baru-baru ini telah diperbaiki dengan sangat baik dan pastinya lebih baik daripada model Proton yang setara.

Baca: Nissan Almera N18 baru sangat padu, tapi kenapa ramai beli Honda City dan Toyota Vios?

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 10

Pada pendapat kami, Nissan Almera adalah pembelian yang lebih baik daripada Vios / City

Bercakap mengenai Proton, hanya kereta berasaskan Geely seperti Proton X50 dan Proton X70 boleh dikira sangat bagus, tetapi tidak bagi model Proton Persona, Iriz, Exora, Saga (yang disebut sebagai model PIES). Bukan semuanya buruk tetapi dari segi konsistensi, kualitinya langsung tidak konsisten.

Malah, hampir semua model ujian kami yang dipinjamkan mempunyai masalah kecil dan kurang menyenangkan.

Kami pernah menerima Proton Persona dengan tempat duduk belakang lipat yang tidak boleh dikunci dan lampu pencahayaan gear yang tidak akan menyala. Ada juga bunyi bising yang ganjil dari skrin infotainment di Iriz baru, dan Proton Exora dengan mata lanun (lampu sebelah tak berfungsi) dan ditambah dengan cahaya lampu DRL yang juga tidak berfungsi.

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 11

Dari pengalaman kami, Proton Saga paling dipercayai dalam model PIES.

Proton Saga bagaimanapun, terbukti sangat dipercayai. Syabas kepada pasukan pembangunan Proton Saga.

Model Hyundai dan Kia baru-baru ini juga sangat bagus, tapi malangnya imej kereta Korea di mata orang awam masih tersekat pada tahun 90-an.

Siapa pengeluar kereta yang paling dipercayai tahun 2021? Apa 10 jenama kereta terbaik untuk dibeli? 12

Kabin dalaman Hyundai Elantra yang setanding Audi

Masih ramai yang menyebarkan mendengar cerita lama yang bermula dengan "Saudara saya / rakan saya / rakan sekerja saya / sepupu suami saudara lelaki kedua saudara perempuan saudara saya ..." jenis cerita.

Dari pengalaman kami, Hyundai Elantra baru, Kona, Sonata mempunyai kualiti yang sangat mengejutkan.

Adakah anda bersetuju dengan senarai ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda