window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SIC bakal jadi hab pendidikan permotoran, DEC pertama di Asia Tenggara sedang dibina!

Khairil ยท Jun 16, 2022 11:00 AM

 

SIC bakal jadi hab pendidikan permotoran, DEC pertama di Asia Tenggara sedang dibina! 01

Fasiliti yang membolehkan Malaysia menjadi hab pendidikan permotoran di rantau ini sedang dibina di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) iaitu Pusat Pengalaman Memandu (DEC) dan lebih menarik, ia adalah yang pertama di Asia Tenggara.

Pembinaannya dijadual dimulakan pada bulan ini dan dijangka siap pada tahun hadapan dengan majlis pecah tanah projek berkenaan berlangsung di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SIC bakal jadi hab pendidikan permotoran, DEC pertama di Asia Tenggara sedang dibina! 01

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, projek DEC adalah sebahagian daripada pelan SIC yang dibangunkan satu ketika dulu di manan DEC memberi tumpuan kepada sudut kemahiran dan keselamatan pemanduan.

Dibangunkan atas tanah berkeluasan 28 hektar, fasiliti DEC akan menyediakan konsep pembelajaran kepada pemandu di Malaysia agar lebih mahir mengendalikan kenderaan dengan penyediaan fasiliti dan rintangan.

SIC bakal jadi hab pendidikan permotoran, DEC pertama di Asia Tenggara sedang dibina! 02

Ia termasuk sirkit pengendalian sejauh 1.5 kilometer, Bulatan Gelinciran, Plat Gelinciran Hidraulik dan Kawasan Pelantar Dinamik untuk menguji kecekapan pemandu dan kebolehan kenderaan.

"Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan selepas fasiliti ini siap dibina nanti adalah membabitkan Prestasi Pengalaman Pemanduan, Kursus Pemanduan Keselamatan dan Penyewaan Fasiliti," kata Shafriman dengan majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

SIC bakal jadi hab pendidikan permotoran, DEC pertama di Asia Tenggara sedang dibina! 03

Sebagai info, projek DEC adalah salah satu komponen dalam Pelan Strategik Perniagaan unjuran lima tahun SIC yang diluluskan Lembaga Pengarah SIC pada 2014. Geran projek DEC itu diperuntukkan kerajaan melalui bajet Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Juga baca: Pelumba F1 negara baru? Tunggu 20 tahun lagi, kata CEO Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda