window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022!

Khairil Β· Aug 18, 2022 06:00 PM

SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022! 01

Ketika penganjuran GP Malaysia 2019, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencipta sensasi apabila lebih daripada 170,000 kehadiran pengunjung direkodkan dan untuk edisi 2022, sasaran tinggi turut diletakkan venue perlumbaan kebanggaan negara itu. 

Sekalipun mengakui jualan tiket untuk acara berprestij tinggi itu ketika ini agak perlahan malah dikatakan belum mencapai 50 peratus (sebelum pelancaran rasmi GP Malaysia 2022), Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif optimis situasi itu akan berubah.

SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022! 02

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif

Ketika pelancaran GP Malaysia 2022, Selasa lalu, Azhan Shafriman mengumumkan pelbagai rancangan yang disusun bagi merancakkan jualan tiket.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia termasuklah pengesahan kehadiran wira tempatan, Syarifuddin Azman atau Damok yang sah bakal berlumba menerusi tiket 'wildcard' dalam kelas Moto3.

SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022! 01

Damok (tiga kanan) ketika dinamakan sebagai pelumba 'wildcard' GP Malaysia 2022

Antara pengisian lain yang dirangka termasuk promosi, aktiviti pelumba yang menarik adalah seperti berikut:

  • Pertandingan memasak pelumba MotoGP in Pavilion Kuala Lumpur (Minggu perlumbaan)
  • 'Public Pit Lane Walk', Sesi Autograf Penunggang (21 Oktober)
  • 'Night Track Tour Experience' (21, 22 Oktober)
  • Jualan barangan istimewa rasmi MotoGP
  • Karnival Mega MotoGP yang membabitkan lebih 100 jenama popular. 
  • Cabutan Bertuah Mega #MalaysianGP2022 yang menawarkan dua hadiah motosikal Yamaha NVX dan Y15ZR Edisi Khas dengan liveri SIC bernilai RM 22,000.

SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022! 02

SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022! 03

Sempena bulan kemerdekaan pada Ogos, SIC mengadakan promosi khas jualan tiket sehingga 31 Ogos ini iaitu:

Promosi itu adalah: 

  • Merdeka Promo 3+1 (Beli 3 Percuma 1)
  • Merdeka Promo 7+3 (Beli 7 Percuma 3)
  • Merdeka Promo 2+2 , Pakej Keluarga (2 tiket dewasa, 2 tiket kanak-kanak)

Dan tiket promosi ini boleh dibeli di laman web www.sepangcircuit.com.

Sebagai tambahan, GP Malaysia turut menjadi Grand Prix (MotoGP) pertama yang mempersembahkan pengalaman gaya hidup baharu dan festival terpilih rasa yang menggabungkan makanan dan budaya tempatan, luaran, muzik secara langsung, pemasangan seni dan pengaktifan unik dibawah satu bumbung. 

SIC optimis 'tapau' rekod kehadiran edisi 2019, ini pelan untuk GP Malaysia 2022! 04

Dengan kehadiran Petronas selaku penaja utama, pelbagai aktiviti keluarga dalam dan luar trek termasuk di KLCC turut disusun syarikat gergasi itu sepanjang minggu perlumbaan.

Menurut Azhan Shafriman, kempen promosi GP Malaysia 2022 dijadualkan pada 21 hingga 23 Oktober ini dimulakan agak lewat kerana ketidaktentuan susulan kemelut yang dicetuskan pandemik Covid-19.

Faktor lain adalah membabitkan harga tiket yang meningkat tetapi jika dibandingkan dengan perlumbaan lain termasuk di Indonesia, harga tiket GP Malaysia masih paling murah.

Justeru, beliau berharap rakyat Malaysia akan hadir dan memberi sokongan kepada GP Malaysia pada tahun ini.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda