window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sikap pengguna jalan raya faktor utama kemalangan, penunggang motosikal paling berisiko maut - MoT

Haris · Mar 2, 2023 02:00 PM

Sikap pengguna jalan raya faktor utama kemalangan, penunggang motosikal paling berisiko maut - MoT 01

Statistik yang dibentangkan di parlimen hari ini memberi amaran jelas terhadap faktor utama kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.

Malah, sekiranya korban Covid-19 dilihat membimbangkan untuk segelintir pihak, korban kemalangan jalan raya sebenarnya jauh lebih besar daripada itu.

Sikap pengguna jalan raya faktor utama kemalangan, penunggang motosikal paling berisiko maut - MoT 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), faktor utama berlakunya kemalangan atau nahas jalan raya sehingga menyebabkan kematian adalah berpunca daripada sikap manusia (lebih daripada 80% daripada punca utama.

Sikap pengguna jalan raya faktor utama kemalangan, penunggang motosikal paling berisiko maut - MoT 01

Faktor seterusnya iikuti dengan keadaan rekaan, kondisi atau binaan infrastruktur jalan (lingkungan 13% punca kemalangan) dan akhirnya hanya dalam lingkungan 7% adalah berpunca daripada keadaan road-worthiness atau aspek teknikal kenderaan motor yang digunakan.

Baca: Susulan kemalangan 5 motosikal berkuasa tinggi, pakar ini cadang ketatkan peraturan beli motosikal 'besar'!

Sikap pengguna jalan raya faktor utama kemalangan, penunggang motosikal paling berisiko maut - MoT 02

Sehubungan dengan itu, sebanyak 853 program advokasi khas untuk penunggang motosikal termasuk advokasi khas p-hailing, telah dilaksanakan di sepanjang tahun 2020-2022 oleh JPJ di seluruh negara dengan memfokuskan kumpulan sasar berbeza dalam memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya, khususnya penunggang motosikal. Hal ini kerana lebih 60% kematian akibat nahas jalan raya adalah melibatkan  penunggang motosikal.

Sikap pengguna jalan raya faktor utama kemalangan, penunggang motosikal paling berisiko maut - MoT 03

Dari segi perlembagaan, undang-undang dan peraturan berkaitan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga sentiasa diteliti dan ditambah baik termasuk dengan meminda kadar-kadar penalti bertujuan sebagai satu bentuk deterrence kepada orang ramai untuk mematuhi semua peraturan jalan raya terbabit.

Sikap pengguna jalan raya faktor utama kemalangan, penunggang motosikal paling berisiko maut - MoT 04

Dalam memastikan tahap keselamatan dan road-worthiness kenderaan motor pula, JPJ telah mewajibkan semua kenderaan motor baharu yang hendak dipasarkan dan didaftar di Malaysia untuk melepasi proses kelulusan jenis kenderaan motor.

Kerajaan juga pada 27 Januari 2022 yang lalu telah melancarkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030 yang menetapkan sasaran untuk mencapai pengurangan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sekurang-kurangnya pada kadar 50% menjelang tahun 2030.

Baca: Jalan raya Malaysia ke-12 paling teruk antara 59 negara; Tapi kes kemalangan mabuk paling rendah

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda