Sime Darby buka bengkel bebas pelbagai jenama untuk semua jenis kereta di Glenmarie!

Mersita · Dec 17, 2020 12:30 PM

Sime Darby buka bengkel bebas pelbagai jenama untuk semua jenis kereta di Glenmarie! 01

Sime Darby Auto Selection sudah membuka pusat servis mereka pertama mereka untuk kenderaan pelbagai jenama di Glenmarie, Selangor. Ini adalah sebahagian daripada strategi syarikat tersebut dalam penawaran alternatif servis selepas-jualan yang baru pada tangga harga yang kompetitif dengan bengkel-bengkel lain bagi kenderaan tamat waranti.

Kenderaan yang telah tamat tempoh warantinya boleh menarik nafas lega kerana pusat servis ini menawarkan kualiti servis yang sama dengan pusat servis mana-mana jenama kereta lain yang diiktiraf.

Sime Darby buka bengkel bebas pelbagai jenama untuk semua jenis kereta di Glenmarie! 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pusat Servis Sime Darby Auto Selection menggunapakai peralatan yang canggih dan moden, dengan bengkelnya dibina untuk menawarkan servis bagi semua kenderaan tanpa mengira jenama sambil memenuhi semua keperluan pelanggan.

Tambahan pula, juruteknik-juruteknik yang terlatih sedia untuk menawarkan servis yang konsisten dengan tahap kualiti yang tinggi. Pelanggan tidak perlu risau tentang kualiti kerja-kerja tangan mereka yang dipadankan dengan kadar upah yang kompetitif.

Sime Darby buka bengkel bebas pelbagai jenama untuk semua jenis kereta di Glenmarie! 01

Selain daripada servis-servis asas seperti penggantian minyak enjin, ‘alignment’ dan ‘balancing’ tayar, penghawa dingin dan servis disinfektasi kereta, pusat servis baharu ini juga menawarkan servis kerja-kerja pembetulan, cuci kereta, serta pemeriksaan kenderaan.

Fasiliti baru bersaiz 4,117 kaki persegi ini dilengkapi dengan enam ruang servis, bilik rehat pelanggan yang selesa dengan WiFi percuma, serta minuman dan kudapan ringan khas bagi pelanggan yang menunggu kenderaan mereka siap diselenggara.

Sime Darby buka bengkel bebas pelbagai jenama untuk semua jenis kereta di Glenmarie! 02

Pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka ke sini sendiri juga boleh memohon servis pengambilan dan penghantaran semula kenderaan mereka.

Pusat Servis Pelbagai Jenama Sime Darby Auto Selection yang terletak di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie, Shah Alam dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan 9 pagi hingga 12.30 tengahari pada hari Sabtu. Ia ditutup pada hari Ahad.

Lawati www.simedarbyautoselection.com.my untuk membuat tempahan atau hubungi 03-4065 2502 untuk maklumat lanjut.

Sime Darby buka bengkel bebas pelbagai jenama untuk semua jenis kereta di Glenmarie! 03

 

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru