window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia

Haris · Mar 14, 2023 10:00 AM

Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia 01

Ferrari S.p.A tidak perlu menunggu lama dalam mencari pengedar baharu di Malaysia selepas menamatkan hak pengedaran bersama Naza Italia baru-baru ini.

Menurut satu laporan daripada Berita Harian, beberapa konglomerat automotif yang kini sedang berusaha untuk membida hak pengedaran tersebut termasuk pemain industri gergasi seperti Ital Auto dan juga Sime Darby.

Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ital Auto merupakan pengedar kereta mewah yang berpangkalan di Singapura dengan pengkhususuan dalam jualan dan servis jenama automotif premium seperti Ferrari dan Maserati. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1976 dan telah berkembang menjadi salah satu pengedar kereta mewah terkemuka di Singapura.

Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia 01

Ital Auto bermula sebagai pengedar kecil yang menjual kereta Itali seperti Alfa Romeo dan Lancia. Dari masa ke semasa, syarikat itu memperluaskan penawarannya hingga menjadi pengedar eksklusif jenama premium seperti Ferrari dan Maserati di sana.

Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia 02

Sime Darby Motors pula merupakan syarikat automotif terkemuka yang beroperasi di Asia Pasifik dan dilihat berpengalaman dalam menjual jenama premium. Hal ini berdasarkan fakta bahawa ia memiliki hak pengedaran jenama seperti BMW, Porsche, dan Jaguar Land Rover, antara lain.

Prestasi Sime Darby dapat dilihat melalui dua jenama iaitu BMW dan Porsche yang mempunyai angka jualan model premium yang agak baik di Malaysia. Selain itu, Sime Darby turut mempunyai kilang pemasangan Porsche yang pertama di luar Eropah - suatu pencapaian yang amat membanggakan.

Baca: 100% anak tempatan, ini 3 perkara tentang kilang Porsche di Kulim, Kedah!

Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia 03

Namun begitu, Berjaya Group juga merupakan pencabar kuat bagi kedua jenama lain yang disebutkan di atas. Berjaya Group memiliki saham majoriti di dalam H.R. Owen, pengedar kenderaan mewah di Britain, dan salah satu peruncit terbesar di dunia dengan jenama seperti Rolls-Royce, Bentley, Ferrari, Aston Martin, Maserati, Lamborghini dan Bugatti.

Ferrari pernah menobatkan H.R. Owen sebagai pengedar terbaik global pada tahun 2014. Di samping itu, H.R. Owen juga mengoperasikan bilik pameran mercu Ferrari di Mayfair, London yang terkenal di serata dunia.

Sime Darby, Ital Auto dan Berjaya berlumba dapatkan hak pengedaran Ferrari di Malaysia 04

Setakat ini, tiada mana-mana syarikat yang telah mengumumkan minat secara terbuka atau sudah berada dalam proses pembidaan mengenai hak pengedaran Ferrari tersebut.

Wapcar.my merupakan media terawal yang menerbitkan berita itu selepas menerima e-mel respons daripada Ferrari.

Baca: Ferrari sah tamatkan hak edaran Naza Italia, pengedar baharu akan diumumkan kelak

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2017 Ferrari Portofino 3.9 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda