window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas!

Faisal · Mar 8, 2021 11:00 AM

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas! 01

Pihak polis telah berjaya menumpas sindiket kereta klon yang pakar dalam menukar nombor casis dan memalsukan dokumen. Sindiket ini melibatkan 19 buah kereta klon yang jumlahnya bernilai sehingga RM 3.5 juta.

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas! 02

Serbuan yang dibuat di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor, dan Penang diantara 2 Februari hingga 2 Mac yang lalu telah menahan enam orang lelaki yang berusia diantara 22 hingga 42 tahun. Menurut ketua pegawai polis Kuala Lumpur, operasi terhadap sindiket ini bermula di sebuah pusat kereta terpakai di Cheras dimana sebuah Honda Civic TC-P telah disita kerana nombor casisnya telah diubah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas! 01

Berdasarkan sumber yang sahih, sindiket tersebut mensasarkan kereta yang belum habis bayar, kereta curi, ataupun kereta yang dibawa masuk dari Singapura. Sindiket ini juga mengubah nombor casis kereta yang telah total loss. Geran asal pula dikhabarkan dapat dari ‘orang dalam’.

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas! 02

Setelah pemalsuan dibuat, sindiket ini akan jual kereta tersebut di pasaran terpakai. Kereta palsu tersebut dijual dengan harga lebih kurang RM 100,000. Pihak polis percaya bahawa sewaktu permintaan tinggi, sindiket ini boleh menjual sehingga 6 buah kereta setiap bulan.

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas! 03

Diantara 19 buah kereta klon tersebut, 16 daripadanya telah diubah nombor casis. 9 daripadanya pula pernah dilaporkan hilang di Kuala Lumpur, Johor, Selangor, dan Perak. Buat masa sekarang, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan mengenai insurans yang terlibat dengan sindiket ini.

Sindiket 19 kereta klon yang bernilai RM 3.5 juta berjaya ditumpas! 04

Sesiapa yang ada maklumat mengenai kereta klon diminta berhubung dengan pegawai operasi khas Kuala Lumpur di 03-2146 0670 atau 03-2115 9999. Paling senang, terus ke balai polis yang berdekatan.

Sumber: The Star Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda