window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Singapura wajibkan pemandu lori rehat 30 minit setiap 6 jam, Malaysia patut contohi?

Mersita · Oct 21, 2022 09:00 AM

Singapura wajibkan pemandu lori rehat 30 minit setiap 6 jam, Malaysia patut contohi? 01

Kes mengantuk ketika memandu di jalan raya adalah satu perkara serius yang perlu diberi lebih perhatian, lebih-lebih lagi bagi pemandu kenderaan besar dan berat. Susulan itu, kerajaan Singapura semalam mengumumkan beberapa langkah bagi mempertingkatkan tahap keselamatan pekerja dan pemandu lori – antaranya rehat 30 minit bagi mengelakkan mengantuk.

Memetik laporan The Straits Times, undang-undang baharu bagi memperbaiki kebajikan para pekerja yang menaiki lori akan mula dikuatkuasakan dari 1 Januari 2023.

Singapura wajibkan pemandu lori rehat 30 minit setiap 6 jam, Malaysia patut contohi? 02

Kredit foto: Cities of Migration

Jika pemandu terbabit juga berperanan sebagai pekerja, dia mesti diberi sekurang-kurangnya setengah jam rehat bagi setiap 6 jam bekerja di tapak sebelum menghantar pekerja-pekerja lain balik ke asrama bagi memastikan keselamatan semua terjamin.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, majikan juga wajib melantik seorang rakan peneman atau ‘vehicle buddy’ yang berperanan untuk memantau kebolehan rakan pemandunya dan memastikan pemandu sentiasa awas ketika berada di jalan raya.

Singapura wajibkan pemandu lori rehat 30 minit setiap 6 jam, Malaysia patut contohi? 01

Foto: Taufiq Zalizan/TODAY

Undang-undang baharu ini juga mewajibkan kenderaan membawa pekerja dilengkapi pelindung hujan di bahagian belakang bagi melindungi mereka dari cuaca hujan.

Bagi rancangan untuk memasang pengehad kelajuan pada kenderaan ini pula, republik itu belum menetapkan sebarang garis masa jelas tentang pelaksanaannya dan masih dikaji lebih lanjut.

Singapura wajibkan pemandu lori rehat 30 minit setiap 6 jam, Malaysia patut contohi? 02

Kemalangan di KM 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Sedenak, Johor pada 16 Oktober lalu disebabkan oleh lori merempuh kenderaan berhenti dalam kesesakan

Juga baca: Hentikan sebar video kereta terbakar, Sharnaaz mahu semua hormati keluarga mangsa

Bagaimana pula dengan situasinya di Malaysia? Ya, mungkin fokus pelaksanaannya berbeza memandangkan pekerja di negara kita selalunya diberi kemudahan bas pekerja.

Namun, konsep mewajibkan rehat bagi pemandu lori atau kenderaan berat harus dipertimbangkan memandangkan kes kenderaan berat merempuh kenderaan orang awam semakin meruncing.

Juga baca: Kemalangan lori rempuh 12 kereta di Tambak Johor: Pemandu ada 33 rekod saman lampau

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda