window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti!

Zamil Syaheer ยท Jun 26, 2020 04:18 PM

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 01

Semalam, kami berkongsi ilmu tentang sistem kawalan cengkaman (traction control) dan bagaimana ia berfungsi. Kami faham ada yang akan keliru dengan sistem kawalan stabiliti kerana kedua-dua sistem ini berfungsi demi keselamatan anda semua.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 02

Apakah itu kawalan stabiliti?

Ada mesti pernah mendengar beberapa akronim untuk kawalan stabiliti seperti ESC, VDC, DSC, atau ASC, tapi usah kelirukan diri anda kerana semuanya sama. Namun begitu, kawalan cengkaman dan kawalan stabiliti adalah dua idea yang berbeza.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Benda yang kita semua boleh setuju ialah kedua-duanya merupakan teknologi yang paling penting untuk mencegah kemalangan sejak wujudnya rekaan tali pinggang keledar.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 01

ESC – pecutan dan brek, semua jenis keadaan

Okay mari segarkan minda anda tentang kawalan cengkaman. Sistem ini hanya berfungsi mengikut pacuan roda yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika anda memandu kereta pacuan roda depan, ianya akan hanya berfungsi di roda depan sahaja.

Dalam kereta dengan pacuan empat roda, ianya akan mengawal dan membrek setiap roda.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 02

TC hanya berfungsi ketika memecut – lekukan licin atau mendaki cerun berais

Kawalan stabiliti memotong kuasa dan membrek roda untuk meletakkan kereta di mana pemandu menentukan posisi stereng. Tugas utamanya ialah membetulkan understeer (belah depan tidak bertindak balas kepada input anda) dan oversteer (belah belakang ingin memotong bahagian depan). Fikirkannya sebagai kawalan anti-selip.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 03

Jadi bagaimana kawalan stabiliti berfungsi?

Contohnya, jika anda sedang oversteer, ia akan membrek satu atau lebih roda di bahagian luar. Dalam situasi understeer pula, ia akan membrek di bahagian dalaman roda dan melepaskan sedikit di bahagian luar, mengetatkan darjah pusingan kenderaan. Untuk posisi stereng pula, kereta anda akan cuba untuk mengikut input dan arah yang dituju.

Sedikit tips dari kami – pergerakkan anda ditentukan oleh mana anda melihat, jadi dalam keadaan kecemasan tolonglah guna (dan percaya) mata anda sebaik mungkin untuk melihat kearah yang anda ingin pergi. Secara tidak langsung, anda akan memusing stereng mengikut pandangan mata anda.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 04

Satu persamaan yang kedua-dua sistem ini berkongsi ialah ia ditentukan oleh sensor kelajuan roda. Namun begitu, kawalan stabiliti memerlukan lebih dari itu dengan bergantung pada sensor tambahan dari yaw, roll, posisi pendikit, dan sudut stereng untuk mengetahui di mana sebenarnya pemandu mahu meletakkan kereta.

Kadangkala, sistem kawalan kestabilan juga dapat memotong pendikit, walaupun kaki anda sudah menekan pedal minyak sehabis baik.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 05

Okay, jadi bila saya perlu mematikannya?

Dalam keadaan apa jua pun, anda tidak patut mematikannya melainkan anda perlu melakukan pemanduan off-road ataupun trek. Ada sebab mengapa ia adalah sebahagian daripada sistem keselamatan kereta.

Semasa pemanduan off-road, kereta akan tergelincir sedikit dan menyebabkan kawalan kestabilan bertindak balas kerana ingat anda hilang kawalan dan terus menekan brek dan memotong pendikit.

Dalam kes ini, anda dibenarkan untuk mematikan sistem supaya membolehkan kereta anda mencengkam keluar dari situasi yang melekit dan berlumpur.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 06

Untuk pemanduan di trek, kawalan kestabilan mempunyai pelbagai tahap penglibatan bergantung pada mod yang anda gunakan. Sebagai contoh, jika anda berada dalam mod Sport, ia membenarkan anda untuk memandu dengan lebih bersemangat tanpa sistem menganggap anda berada dalam keadaan kecemasan.

Anda perlu ingat bahawa ia tidak akan dimatikan sepenuhnya dalam mod Sport atau mod Sport Plus. Tetapi secara umumnya, ia dapat dimatikan sepenuhnya untuk aktiviti pemanduan yang lebih agresif, seperti drifting.

Sistem kawalan cengkaman tidak sama dengan kawalan stabiliti! 07

Kami berharap artikel ini sedikit sebanyak membuatkan anda faham maksud dan fungsi antara kedua istilah/sistem ini. Kedua-dua sistem kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan bukanlah gimik pemasaran, jadi percayalah bahawa ia akan berfungsi apabila keadaan memerlukannya.

Pada akhirnya, anda perlulah sentiasa memandu dengan penuh tanggungjawab, pastikan tayar anda dalam keadaan baik, dan tetap fokus semasa memandu. Seperti yang telah kami katakan sebelumnya, tidak ada alat keselamatan yang dapat menyelamatkan anda dari kebodohan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda