window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k!

Khairil ยท Aug 16, 2022 04:00 PM

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k! 01

Jika melihat dari sudut rekaan, tidak ramai yang menjangka skuter elektrik terbaharu di pasaran Indonesia, Alva One (2022) adalah skuter produk tempatan negara berkenaan.

Diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Gaikindo (GIIAS) 2022, Alva One adalah model sulung syarikat pengeluaran motosikal Indonesia, PT. Ilectra Motor Group (IMG) dan ia sememangnya mendapat perhatian menerusi rekaannya yang futuristik. 

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k! 01

Tetapi apa yang menjadikannya menarik sebenarnya adalah ia dikatakan turut mendapat 'sentuhan' pereka Italjet Dragster dari Itali, Massimo Tartarini.

Selain rekaan yang mengiurkan, Alva One yang dijual pada harga Rp 34,990,000 (RM 10,585) OTR Jakarta turut dipadankan dengan pelbagai spesifikasi yang berteknologi terkini.

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k! 02

Mengulas trenkuasa, Alva One menggunakan motor elektrik yang berupaya menghasilkan kuasa setinggi 6.6 Hp dengan tork sebesar 46.5 Nm dan dijana bateri lithium 2.7 kWh seberat 18 kg. 

IMG mendakwa, bateri berkenaan hanya memerlukan 4 jam pengecasan dari 0 peratus ke 100 peratus menggunakan pengecas standard di rumah. Dan untuk pengecasan penuh, jarak yang boleh ditempuh adalah sejauh 70 km (dengan kelajuan konsisten sekitar 45 km/j).

Juga baca: 90 peratus motosikal Yamaha guna e-motor menjelang 2050?

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k! 03

Sebagai skuter moden, Alva One turut memiliki tiga mod tunggangan iaitu: 

  • Eco - Kelajuan maksimum 43 km/j
  • Cruise - Kelajuan maksimum 70 km/j
  • e-Sport - Kelajuan maksimum 90 km/j

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k! 04

Apa yang lebih menarik, Alva One menggunakan panel meter TFT berwarna penuh lengkap dengan sambungan ke telefon pintar dan boleh dihidup dan dimatikan hanya menggunakan aplikasi khas yang turut datang dengan ciri seperti GPS untuk navigasi, 'Bike Sharing Access' dan 'Alva Road Assistance'.

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k! 05

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan sistem brek cakera (depan) dan dram (belakang) bersama teknologi CBS ala skuter Honda.

Set roda adalah 90/90-14 (depan) dan 110/80-14 (belakang). Informasi lain adalah seperti penggunaan lampu LED untuk lampu depan dan belakang termasuk lampu siang (DRL).

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro!

Skuter elektrik Alva One (2022) lancar di Indonesia, buatan 'lokal', rekaan Itali, harga RM 10.6k! 06

Pilihan warna ada 5 iaitu:

  • Halo White
  • Supernova Black
  • Edgy Turqoise
  • Casual Blue
  • Indie Red

Juga baca: Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda