window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k!

Khairil ยท Dec 10, 2021 04:00 PM

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k! 01

Syarikat pengeluar motosikal elektrik tempatan, Eclimo Sdn Bhd melancarkan skuter elektrik Eclimo ES-11 yang menggunakan teknologi bateri nano hasil kerjasama dengan NanoMalaysia Bhd (NMB).

Menggunakan sel bateri litium-Ion berasaskan nano berkapasiti 3,078WH, ia mempunyai kitaran hayat sebanyak 1,000 cas dengan setiap pengecasan penuh mampu menggerakkan ES-11 sejauh 100 km dengan kelajuan purata 50 km/j.

Juga baca: Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k! 01

Skuter ini turut dilengkapi Sistem Pemantau Bateri Berstruktur Nano (BMS) yang memantau hayat bateri, menghantar amaran apabila voltan menurun dan dilengkapi dengan sistem pengesanan geografi yang boleh dikawal menerusi aplikasi mudah alih.

Bagi kemudahan pemiliknya, Eclimo ES-11 menggunakan sistem pengecasan soket palam 3-pin sekaligus menyelesaikan masalah yang sering dihadapi kenderaan elektrik (EV) membabitkan kekurangan infrastruktur dan stesen pengecas.

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k! 02

Dengan berat 155 kg (berat bateri 50 kg), ia menggunakan pengecas 110V/240V (input) dan mempunyai kelajuan maksimum 100 km/j dengan harga jualannya adalah RM 14,000.

Menurut Eclimo, ES-11 sudah melalui pelbagai ujian dalam skala industri bagi memastikan ia bersedia untuk menangani tugasan penghantar selain mampu menjadi medium pengangkutan persendirian yang menjimatkan.

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k! 03

Setakat ini, Eclimo ES-11 ditawarkan menerusi model perniagaan pajakan dan berasaskan langganan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dengan KFC Holdings Malaysia Bhd dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pelanggan pajakan itu ketika ini.

Pengarah Eksekutif Eclimo Sdn Bhd, Dato Dennis berkata ES-11 sudah menjana nilai jualan lebih RM 18 juta dengan setiap unit kenderaan dua roda elektrik ini mencipta purata tiga pekerjaan baharu.

Juga baca: Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'!

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k! 04

Katanya, syarikat itu sedang mengadakan rundingan dengan penyedia perkhidmatan e-hailing selain merancang berkembang dalam ruang mobiliti bandar yang membolehkan motosikal elektrik disewa untuk kegunaan sebagai alat pengangkutan di sekitar bandar.

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k! 05

"Syarikat kami juga sudah meneroka pasaran Thailand dan kami memanfaatkannya untuk mengembangkan pasaran ES-11 di peringkat serantau," katanya memetik laporan BHarian.

Pelancaran skuter itu berkenaan dibuat oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Dr Adham Baba, semalam dan skuter berkenaan sudah pun mempunyai hak harta intelek (IPR) BMS.

Juga baca: Skuter elektrik pertama Singapura, Scorpio X1 dilancar, harga bermula RM 40k!

Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k! 06

Pasaran EV global bernilai AS$ 246.7 bilion (RM 1.04 trilion) tahun lalu dan ia dijangka meningkat sehingga AS$ 1.32 trilion (RM 5.6 trilion) menjelang 2028 dengan saiz pasaran kenderaan elektrik berkelajuan rendah Asia Pasifik diramalkan mencecah 71.8 juta unit menjelang 2025.

Juga baca: Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda