window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro!

Khairil ยท Jan 31, 2022 10:00 AM

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 01

Yamaha bakal melancarkan skuter elektrik sepenuhnya, Yamaha EMF yang juga produk hasil usahasama jenama Jepun itu dengan syarikat pengeluar skuter gergasi Taiwan, GoGoro Inc dijadualkan pada Mac ini.

GoGoro seperti diketahui mempunyai kemampuan teknologi canggih dan rangkaian cukup besar dalam teknologi pertukaran bateri. 

Juga baca: Skuter elektrik Honda U-GO dilancar di China, boleh capai jarak tunggangan 133 km!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 01

Dicanang berpotensi untuk menjadi skuter elektrik terhebat di kawasan bandar, Yamaha EMF akan dikuasakan motor elektrik berkuasa 7.6 kW (10.2 Hp), mampu mencapai kelajuan 30 mph (48.2 km/j) dalam 3.5 saat dengan kelajuan maksimum sekitar 60 mph (97 km/j).

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 02

Dengan berat sekitar 114 kg, informasi paling mustahak iaitu mengenai keupayaan bateri masih belum didedahkan.

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 03

Begitupun, ia dikatakan bukan satu kebimbangan yang besar (sekalipun ia skuter elektrik) kerana ciri-ciri utama Yamaha EMF adalah memanfaatkan sepenuhnya rangkaian bateri boleh tukar Gogoro.

Juga baca: Skuter elektrik pertama Singapura, Scorpio X1 dilancar, harga bermula RM 40k!

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 04

Ia sememangnya mudah dengan menggantikan bateri yang sudah digunakan dengan bateri yang sudah dicas sepenuhnya.

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 05

Dari sudut reka bentuk, Yamaha EMF sememangnya boleh disifatkan sebagai tidak keterlaluan dan futuristik.

Juga baca: Skuter elektrik Eclimo ES-11 dilancar, teknologi nano, jarak tunggangan 100 km, harga RM 14k!

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 06

Di Taiwan, GoGoro mempunyai lebih daripada 10,000 stesen penukaran bateri di lebih 2,200 lokasi.

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 07

Yamaha turut diketahui sebagai antara ahli dalam Konsortium Elektrik yang turut disertai Honda, KTM dan Piaggio dengan sasaran utama untuk menyediakan bateri yang boleh ditukar ganti diantara model yang terbabit.

Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro! 08

Kerjasama Yamaha dan GoGoro juga bukan yang pertama untuk kedua-dua syarikat itu dan mereka pernah menghasilkan EC-05 pada 2019 lalu.

Juga baca: Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda