window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k!

Khairil · May 24, 2023 06:00 PM

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 01

Syarikat pengeluar motosikal berpangkalan di United Kingdom (UK), Lexmoto tampil melancarkan penawaran terbaharunya dalam segmen skuter bergaya 'Adventure' dikenali Lexmoto XVD 300 (2023).

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 02

Seperti dijangka, Lexmoto XVD 300 (2023) dihasilkan untuk mencabar model-model popular dalam segmen serupa antaranya Honda ADV 350. Harga yang ditawarkan kepada pengguna adalah £ 4,699 (RM 26,760).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 01

Selaras dengan lonjakan populariti skuter bergaya ranggi di Eropah, Lexmoto XDV300 (2023) bukan saja tiba dengan rekaan menarik dan sporty, malah dikatakan cukup praktikal dan serasi dengan trend terkini.

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 02

Seperti rekaan tipikal skuter bergaya ADV, Lexmoto XDV 300 (2023) memiliki jarak lega bumi yang agak tinggi, visor angin tinggi boleh laras dan penggunaan tayar jenis 'dual purpose'.

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 03

Dan sebelum mengulas lebih lanjut, Lexmoto XVD 300 (2023) memang nampak seperti 'biasa' dilihat di pasaran tempatan. Ini kerana model yang sama sudah pun membuat kemunculan di Malaysia dengan sesaran enjin berbeza dan dikenali sebagai WMoto XDV 250i (2022).

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 04

Di bahagian trenkuasa, Lexmoto XDV 300 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 279 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 05

Kuasa dihasilkan adalah 25.5 Hp pada 8,250 rpm dan tork 24 Nm pada 7,000 rpm.

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 06

Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) di depan dan penyerap hentak berkembar jenama KYB (belakang) lengkap dengan 'subtank' boleh laras prabeban.

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 07

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 08

Sebagai model yang dijual di Eropah, Lexmoto XDV 300 (2023) juga datang dengan ciri pemanas hendal. Ciri-ciri menarik lain adalah seperti penggunaan sistem lampu LED penuh, panel meter digital.  

Skuter gaya 'ADV', Lexmoto XDV 300 (2023) buat kemunculan di Eropah, 25.5 Hp, harga RM 26.7k! 09

Memiliki kapasiti tangki bahan api 13.5 liter, untuk meningkatkan ciri 'touring' skuter ini adalah ia turut didatangkan dengan tiga 'box' simpanan barang.

Juga baca: WMoto XDV 250i (2023) rasmi 'mendarat' di Malaysia, harga asas bermula RM 18.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda