window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022!

Khairil ยท Jan 12, 2022 08:00 PM

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 01

Ketika dipertontonkan kepada umum buat pertama kali pada 2019, ramai yang kagum dengan rekaan versi terbaharu skuter keluaran Italjet, Dragster 125/200 yang mendapat 'sentuhan' bintang MotoGP Itali, Andrea Dovizioso.

Dengan rekaan berbeza yang jelas drastik, garang dan agresif, Italjet dikatakan mendapat ribuan tempahan namun berikutan pandemik Covid-19, tarikh pelancarannya ditangguhkan sehingga EICMA tahun lalu.

Juga baca: Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 01

Dan selepas Italjet sendiri menyatakan skuter itu akan mula diedar pada Disember tahun lalu di Eropah, timbul satu perkembangan menarik mengenai kehadirannya di Malaysia.

Berdasarkan laporan rakan-rakan media automotif tempatan, salah satu model iaitu Italjet Dragster 125 dijangka 'mendarat' di Malaysia pada pertengahan tahun. 

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 02

Skuter dengan rekaan 'mengujakan' itu dikatakan akan diimport oleh pengedar Chear Global.

Sekalipun tiada maklumat mengenai tanda harga, jangan menjangkakan skuter keluaran syarikat Itali ini setaraf dengan kuasanya namun berkemungkinan mencecah puluhan ribu ringgit.

Juga baca: Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 03

Sebagai makluman, harga untuk Italjet Dragster 125 di pasaran UK adalah £ 4,999 iaitu kira-kira RM 28,527 (mengikut tukaran wang semasa).

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 04

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 05

Sedikit mengenai perincian Dragster 125, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan patuh piawaian emisi Euro5.

Kuasa yang dihamburkan skuter yang seakan buatan 'alien' ini adalah 12.5 Hp pada 9,500 rpm dan tork 10.5 Nm pada 7,750 rpm.

Juga baca: Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure!

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 06

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 07

Selain rekaannya yang berbeza, Italjet Dragster 125 menggunakan suspensi Paioli unik di bahagian depan dengan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan lengan ayun di sebelah kanan.

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 08

Dengan berat 124 kg, ketinggian pelananya adalah 770 mm dengan kapasiti tangki minyak 9 liter.

Skuter rekaan 'alien', Italjet Dragster 125 bakal 'mendarat' di Malaysia, dijangka pertengahan 2022! 09

Informasi lain adalah seperti set roda 120/70-12 (depan) dan 140/60-13 (belakang), sistem brek cakera depan dan belakang dengan kaliper Brembo lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Juga baca: Ducati Diavel 1260 S edisi 'Black and Steel' 2022, sungguh 'kacak' lagi menarik!


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda