window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Smart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu!

Mersita · Oct 18, 2022 09:00 AM

Smart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu! 01

‘Batch’ pertama Smart #1 telahpun siap dihasilkan dan dihantar kepada pelanggan. Penghantarannya bermula pada 23 September 2022 dan menjelang 30 September, syarikat itu berjaya menghantar sebanyak 500 unit kereta elektrik (EV) ini kepada pelanggannya!

Bagi yang belum tahu, Smart melalui fasa penjenamaan semula kepada jenama elektrik sepenuhnya di bawah usaha sama antara Mercedes-Benz dan Geely, dimana syarikat China itu yang menjadi pengilang bagi kenderaan ini. Smart #1 merupakan produk pertama hasil dari usaha sama ini.

Smart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan platform modular SEA oleh Geely, Smart #1 didatangkan dengan pek bateri 66 kWh yang boleh mencapai jarak pemanduan 420 km – 440 km berdasarkan kitaran WLTP. Pengecasan AC adalah pada kadar 22 kW, manakala pengecasan DC pada 150 kW.

SUV elektrik ini mempunyai motor yang dipasang di bahagian belakang kereta, menghamburkan 272 PS dan 343 Nm. EV ini berkebolehan untuk mencapai kelajuan puncak 180 km/jam.

Juga baca: Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely

Smart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu! 01

Berukuran 4,270 mm panjang, 1,822 mm lebar, dan 1,636 mm tinggi dengan jarak roda 2,750 mm; Smart #1 bersaiz kecil sedikit berbanding Proton X50. Bagaimanapun, jarak roda EV ini lebih panjang berbanding Honda Civic.

Walaupun jualan Smart #1 bermula di China, EV ini sedang bersiap siaga untuk pelancaran di Eropah menjelang awal 2023. Selain dari itu, Smart juga merancang untuk memasarkan Smart #1 di Malaysia dan Thailand menjelang suku keempat 2023.

Juga baca: EV pertama yang dijual Proton, adakah rakyat Malaysia sanggup bayar RM 120k untuk Smart #1?

Smart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu! 02

Apabila Smart #1 tiba di Malaysia nanti, SUV ini akan menjadi EV pertama yang dilancarkan oleh Proton, memandangkan syarikat itu telah menandatangani General Distributorship Agreement (GDA) untuk menjual dan menyenggara kenderaan Smart di negara kita dan juga di Thailand.

EV Smart di Malaysia akan diuruskan oleh pengedar Proton yang baharu, dikenali sebagai Proton New Energy Technology.

Juga baca: Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k?

Smart #1 keluar kilang macam pisang goreng panas, 500 unit dihantar dalam seminggu! 03

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia