window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV

Faisal ยท Mar 30, 2023 06:00 PM

Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV 01

Bagi anda yang belum tahu, kereta elektrik Smart #1 merupakan antara 10 model EV yang akan tembus pasaran Malaysia tahun ini. Baru-baru ini pula, ada perkembangan baru dari Proton New Energy Technology (Pro-Net).

Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV 02

Smart #1 di pelabuhan di Eropah, sedang menunggu penghantaran.

Menurut mereka, smart #1 dalam landasan tepat untuk membuat pelancaran di Malaysia pada suku 3 2023, iaitu beberapa bulan lebih awal daripada garis masa suku 4 yang ditawarkan tahun lepas.

Sekarang, syarikat itu sedang giat mempersiapkan apa yang patut serta membina ruang pejabat. Rangkaian jualan dan servis juga termasuk sekali.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV 01

Stor mercu Smart di Hangzhou, China.

Dalam hal ini, ia akan meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk pusat 3S. Tahun lepas, mereka memberitahu bahawa setiap tahun, mereka menyasarkan jualan SUV EV ini sebanyak 800 โ€“ 1,000 unit.

Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV 02

Sebelum itu, Pro-Net juga menandatangi MoU dengan Petronas Gentari. Pada mulanya, ia melibatkan 20 pengecas DC pada tahun 2023 dan Pro-Net akan membekalkan pilihan lokasi dan fasiliti kuasa. Gentari pula akan membekalkan infrastruktur mengecas dan pengendalian operasi.

Perjanjian tersebut adalah untuk 2 tahun dan kita akan melihat Pro-Net dan Gentari bekerjasama dalam aktiviti pemasaran, perniagaan lain, hubungan dengan pengguna dan pembekalan lokal untuk beberapa komponen EV.

Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV 03

Dalam masa yang sama, syarikat itu juga berancang untuk memudahkan jalan penyelesaian pengecas. Antaranya seperti pengecas di rumah dan penambahan bilangan pengecas menjelang tahun 2025.

Selain hendak menyediakan stesen mengecas pertama di Centre of Excellence Proton, outlet pengedar Smart juga akan ada stesen mengecas sendiri.

Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV 04

Dari segi produk, syarikat itu mendedahkan bahawa pembangunan Smart App masih giat berlangsung di mana pengguna dapat menikmati pengalaman digital, termasuk menempah servis dan peta untuk pergi ke lokasi mengecas.

Juga bacaSmart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia