window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda?

Mersita Β· Jul 5, 2020 12:10 PM

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 01

Auto Start-Stop ialah ciri pada kereta yang tidak digemari ramai. Kereta seperti Perodua Myvi dan Perodua Bezza didatangkan dengan kelengkapan ini. Dengan permulaannya yang tersentak-sentak, pergerakan mudah seperti pusingan tiga-titik terasa kekok dan kurang selesa. Ditambah pula dengan kompresornya yang ‘belt-driven’, udara sejuk terhenti apabila kelengkapan ini mula berfungsi. Penyelesaian mudah bagi kebanyakan orang ialah; hanya matikannya.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 02

Walaupun ada segelintir yang sanggup bersusah-payah untuk keharmonian alam sekitar, kebanyakan daripada kita tidak sanggup berurusan dengan enjin yang terhenti dan terpasang dengan sendirinya. Beberapa orang yakin dan pasti yang auto start-stop tidak elok untuk kereta, manakala beberapa lagi menyatakan ia membantu dalam mengurangkan penggunaan petrol. Betapa sahihnya perkara ini? Jom kita lihat.

S: Adakah ia tidak elok untuk bateri?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

J: Ya. Itulah sebabnya kereta sekarang dipandu dengan bateri istemewa khas untuk auto start-stop.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 01

AGM, EFB dan bateri biasa oleh BOSCH

Pemulaan dan penghentian enjin yang kerap meningkatkan bebanan pada bateri kereta. Oleh itu, kita ada bateri EFB (Enhanced Flooded Battery) dan AGM (Absorbed Glass Mat) yang boleh bertahan lebih banyak kitaran berbanding bateri asid plumbum biasa. Pastinya, bateri EFB dan AGM adalah lebih mahal berbanding yang normal.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 02

Bateri sokongan dalam but kereta Mercedes-Benz

Selalunya, kereta yang ada fungsi auto start-stop ini mempunyai bateri sokongan/ekstra bagi membantu pemberhentian dan pemulaan kereta. Kereta seperti Perodua Myvi dan Bezza pula malangnya mempunyai hanya satu bateri EFB.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 03

Bateri EFB tunggal pada Perodua Bezza

S: Adakah ia tidak elok untuk enjin?

J: Ya. Inilah sebabnya kenapa enjin dengan auto start-stop memerlukan ‘bearing’ yang lebih baik serta pengagihan pelincir yang lebih baik untuk menampung tekanan tambahan.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 04

Satu kerisauan bagi pengguna ialah kerosakan enjin. Enjinlah yang mengalami tekanan paling tinggi apabila ia dipasang/dimulakan. Walaubagaimanapun, kerosakan sering terjadi kerana pemulaan yang sejuk. Ketika ini, enjin belum panas lagi dan pelincir belum membuat pusingan lengkap.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 05

Pada kondisi auto start-stop, enjin sudah pun panas dan pelincir telah membuat kitaran penuh. Oleh itu, enjin tidak akan mengalami kerosakan yang sama seperti pada pemulaan sejuk.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 06

Bukan engkol tapi anda faham maksudnya. ‘Bearing’ dan ‘shaft’ diberi pelincir dengan baik ketika bergerak.

Tetapi, memang ada geseran tambahan dengan ciri auto start-stop ini. Apabila enjin sedang dipasang, ‘crankshaft bearing’ dan ‘journal/shaft’ diasingkan oleh selapis pelincir yang berterusan. Apabila enjin berhenti, ‘bearing’ dan ‘journal/shaft’ tersebut bersentuhan disebabkan oleh graviti. Pemulaan dan penghentian yang kerap meningkatkan kekerapan besi dengan besi bersentuhan (‘bearing’ dan ‘journal/shaft’). Ini akan meningkatkan hakisan.

S: Adakah ia akan merosakkan starter?

J: Ya. Sebab itulah kereta dengan auto start-stop mempunyai ‘starter motor’ dengan rekaan yang ditambahbaik.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 07

‘Starter motor’ harganya juga lebih mahal. Unit yang baru untuk Perodua Myvi D20N generasi ketiga berharga dua kali ganda daripada starter baru untuk Myvi lama yang tiada auto start-stop.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 08

‘Starter motor’ untuk auto start-stop ini mestilah ada:

  • Titik bearing yang diperlasakkan dan bertekanan tinggi
  • Penambahbaikan yang lebih lagi pada unit gear planetarinya.
  • Mekanisma ‘meshing’ yang tahan lasak
  • Komutator yang dioptimasi untuk kepanjangan jangka hayat.

Selain daripada starter, kereta yang ada auto start-stop juga memerlukan altenator dengan rekaan yang ditambahbaik.

4. Kenapa auto start/stop dicipta pada awalnya?

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 09

Ini adalah untuk mematuhi undang-undang pelepasan gas rumah hijau. Selain memikirkan bagaimana untuk mengurangkan gas ini dengan enjin yang dipasang, ia adalah lebih mudah untuk matikan sahaja enjin tersebut. Walaupun dibuat untuk mematuhi peraturan ini, mematikan enjin untuk mengurangkan pelepasan gas pencemaran memang ada akibatnya.

5. Berapa banyak bahan api yang boleh anda jimat dengan ciri auto start-stop?

Jika kita ambil kira penggunaan minyak sekelip mata, anda akan jimat 100% apabila kereta berhenti kerana enjin telah dimatikan.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 10

Angka kasar penjimatan petrol dengan auto start-stop adalah antara 5% - 8% (dalam kitaran pemanduan). Satu kajian yang dibuat oleh SAE (Society of Automotive Engineers) melaporkan yang angkanya lebih kurang 8% dalam keadaan jalan yang sesak. Perodua Bezza mengaku mempunyai penjimatan 6% pada mod eco idlenya. Itu adalah angka yang mereka nyatakan, dan anggaran selamat untuk penggunaan sebenar katakanlah ia pada 4% saja. Itu adalah peratusan yang masih banyak.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 11

Auto start-stop membantu anda untuk jimat petrol ketika kereta tidak bergerak. Pada tahap individu, tak banyak penjimatan. Tetapi, secara kolektifnya, penjimatan boleh jadi agak banyak. Bayangkan 100 kereta berhenti pada lampu isyarat simpang empat ketika waktu puncak. Darabkan jumlah kereta-kereta tersebut dengan jumlah hari bekerja dalam setahun. Banyak bahan api dibakar hanya disebabkan kereta yang berhenti.

Soalan Lazim: Adakah auto start-stop tidak elok untuk kereta anda? 12

6. Patutkah anda matikan saja auto start-stop?

Untuk pemanduan yang lebih lancar dan tidak menjengkelkan, YA. Ciri auto start-stop boleh jadi tersentak-sentak dan tidak selesa untuk kereta spesifikasi rendah.

Kalau kasihan dengan mekanikalnya, YA. Walaubagaimanapun, pengilang ada melaporkan yang bahagian dalam kenderaan auto start-stop (starter, alternator, bateri) direka untuk lebih tahan lama.

Untuk persekitaran yang lebih bersih dan sihat, TIDAK. Jika anda kerap tersekat dalam trafik tak bergerak, mematikan enjin akan mengurangkan impak pada alam sekitar – walaupun ia menyebabkan anda terpaksa berbelanja lebih untuk alatganti kereta.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda