window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu!

Mersita · Oct 23, 2020 01:00 PM

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 01

Dah lama tunggu? Mitsubishi Xpander 2020 yang dibina tempatan ini (CKD) kini dibuka untuk tempahan di Malaysia dan peminatnya pasti tertanya-tanya – apa spec penuh Mitsubishi Xpander 2020 baru ini, ya? Semua persoalan popular anda, kami jawab!

Berapa harga Mitsubishi Xpander baru?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harganya belum diumumkan lagi. Tapi, kami anggarkan yang ia berharga sekitar RM 100,000. Harga rasmi Xpander dirancang untuk diumumkan pada bulan November nanti semasa pelancarannya.

Apakah kategori Xpander? MPV atau SUV?

Dua-dua pun bukan sebenarnya, tapi pilihan paling sesuai ialah SUV. Ini sebabnya.

Apakah saiz Mitsubishi Xpander baru?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 01

Xpander sememangnya dikenali dengan ruang yang luas dan badan yang besar – ia lebih besar daripada pesaing rapatnya iaitu Honda BR-V dan Perodua Aruz. Ia juga mempunyai jarak roda yang paling panjang dalam saingan ini – menghasilkan ruang kaki dan juga ruang kepala yang luas di dalam kabin.

Jarak pelepasan tanah juga cukup luas iaitu 205 mm – cukup tinggi untuk mengharungi banjir kilat.

Apakah varian-varian Mitsubishi Xpander?

Hanya satu varian yang ditawarkan untuk Xpander di Malaysia. Ia merangkumi kelengkapan dan perincian yang mencukupi untuk perjalanan selesa bersama seisi keluarga.

Apakah yang membuatkan reka bentuk dan luarannya menarik?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 02

Memandangkan model Xpander kita adalah varian facelift, ia menonjolkan rupa bentuk hadapan ‘Dynamic Shield’ yang dinaik-taraf dan ia merangkumi lampu hadapan Bi-LED, gril hadapan yang diubah-suai serta perincian lain yang menarik seperti antenna sirip jerung, rim 16 inci dan lampu brek kombinasi LED 3D.

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 03

Bagaimana pula dengan ruang kabin Xpander?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 04

Kabinnya dilengkapi dengan sistem infotainmen berskrin-sentuh 9 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan AndroidAuto. Ia juga dilengkapi dengan 6 buah speaker yang cukup sesuai untuk saiznya.

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 05

Ruang untuk penumpang juga cukup luas.

Untuk lebih keselesaan sebagai kereta keluarga, ia dilengkapi dengan saluran penghawa dingin belakang dan ruang simpanan yang banyak dan pelbagai saiz.

Xpander sememangnya dipadatkan dengan pelbagai perincian praktikal yang memudahkan. Balutan tempat duduk kulit adalah tambahan pilihan, yang standard diberi lapik fabrik saja.

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 06

Berapa besarkah ruang but Xpander?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 07

Tempat duduk barisan kedua dan ketiga di dalam Xpander boleh dilipat rata – memberikan ruang but maksima sebanyak 1,630 liter. Jika barisan ketiga saja yang diturunkan, ruang but berkapasiti 495 liter.

Apakah tren kuasa atau enjin Xpander?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 08

Ia dipadatkan dengan enjin 4A91, 1.5 liter ‘naturally-aspirated’ 4 silinder yang menjana 105 PS dan 141 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Enjin ini sama dengan enjin Mitsubishi Colt, tapi dinaik-taraf untuk disesuaikan dengan keperluan pasaran domestik.

Adakah enjin Xpander cukup berkuasa?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 09

Jika dibandingkan dengan pesaing rapatnya, ia diposisikan di tengah-tengah dari segi nisbah kuasa-dengan-berat – Honda BR-V (94.6 PS/tan), Xpander (84 PS/tan), Perodua Aruz (77.9/tan).

Bagaimana pula dengan penjimatan minyak Xpander?

Xpander dinyatakan untuk merekodkan 7 liter/100 km. Disamping itu, Aruz dan BR-V merekodkan angka kecekapan minyak yang sama iaitu 6.5 liter/100 km.

Xpander pacuan roda hadapan atau belakang?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 10

Ikut arah jam dari atas: antenna sirip jerung, cermin sisi dengan signal membelok yang diintegrasikan dan rim 16 inci.

Xpander ialah kereta pacuan roda hadapan. Ini bermaksud pemilik boleh kurangkan kos penyelenggaraan kerana anda tak perlu mengganti minyak ‘differential’ belakang seperti kereta pacuan roda belakang (Aruz dan Rush).

Apakah kelengkapan keselamatan yang ada pada Xpander?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 11

Fungsi keselamatan Xpander merangkumi:

  • Dua beg udara
  • Pemegang ISOFIX untuk kerusi keselamatan kanak-kanak
  • Kawalan peluncuran
  • Sistem brek anti-kunci dengan ‘electronic brake force distribution’ (ABS, EBD)
  • Bantuan brek (BA)
  • Kawalan penstabilan aktif (ASC)
  • Hill start assist (HSA)

Bagaimana prestasi pemanduan Xpander?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 12

Empat warna ditawarkan: Diamond Black Mica, Red Metallic, Quartz White Pearl, and Titanium Grey Metallic.

Kereta pandu-uji belum lagi disediakan untuk kami, tunggu saja kemaskini dari kami. Sambil menunggu rebiu, anda boleh baca rebiu Xpander oleh rakan kami di Indonesia – tapi, perlu diingatkan yang model kita mempunyai spesifikasi berlainan sedikit dengan model pasaran di sana, salah satu contoh ialah infotainmen.

Apa tetapan waranti dan sokongan selepas-jualan Xpander?

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 13

Anda akan diberi waranti 5 tahun/’unlimited mileage’ dengan Xpander baharu anda. Mitsubishi ada 56 bilik pameran – 46 daripadanya adalah pusat 3S – dan 14 buah di Sabah dan Sarawak.

Selain dari itu, pelanggan juga boleh melihat sendiri Xpander di roadshow berikut:

Previu Mitsubishi Xpander 2020

Tarikh Lokasi

Masa

23 - 25 Okt. Toppen Mall, Johor Bahru, Johor

10.00 am - 10.00 pm

29 Okt. - 1 Nov. Ipoh Parade, Perak

10.00 am - 10.00 pm

Soalan Lazim: Semua spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 yang anda perlu tahu! 14

Sebarang persoalan lain mungkin boleh terjawab dengan video kami di bawah. Nantikan kemaskini terkini dari kami, ikuti laman Facebook WapCar – BM dan muatnaik aplikasi Android kami sekarang!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda