window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Sokong Buatan Malaysia" katanya, tapi kenapa Toyota Alphard pula jadi ‘kereta rasmi’ ahli politik?

Mersita · Jun 20, 2021 06:00 PM

Pada zaman 90-an ke awal 2000, sudah menjadi perkara biasa bagi para pegawai kerajaan, menteri dan pemimpin politik dilihat tiba ke mana-mana acara dengan menaiki Proton Perdana Executive.

Penggunaan mana-mana model lain sebagai kereta rasmi bukanlah sesuatu yang digalakkan terutama sekali ketika Proton masih lagi projek kesayangan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada tahun 90-an, Menteri MITI ketika itu, Rafidah Aziz, pernah berkongsi pengalamannya iaitu sejak beliau bertukar ke Proton Perdana sebagai kereta rasminya, pengawal keselamatan jarang sekali kenal akan keretanya.

Imej: Aero777

Badan-badan kerajaan dibenarkan untuk membeli kereta selain daripada Proton, tapi hanya dalam keadaan-keadaan tertentu.

Contohnya ialah apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan kenderaan pacuan empat roda jenis diesel, dan Proton tiada model sebegini. Walau bagaimanapun, ia haruslah kereta yang dipasang tempatan (CKD).

Imej: JKR Perak

Bila tiba masanya bagi JKR untuk menggantikan Mitsubishi Pajero generasi L040 yang meningkat usia pada pertengahan 2000-an, mereka memilih Hyundai Santa Fe dan Ford Everest (ketika itu, masih CKD) – satu-satunya SUV diesel CKD yang ada di pasaran.

Kemudiannya, Nissan X-Trail jenis petrol mula ditambah pada armada jabatan berkenaan.

Selepas Tun M meletak jawatan (pertama kalinya) pada 2003, penggunaan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi semakin tidak dipraktikkan.

Pada mulanya, mematuhi amalan yang dimulakan ketika era Mahathir ini dilonggarkan perlahan-lahan, ditafsirkan semula kepada kereta CKD sahaja yang dibenarkan.

Misalnya, kerajaan negeri Melaka menggunakan Honda Accord sebagai kereta rasmi mereka kerana kilang Honda dibina di Pegoh, Melaka.

Kereta Ketua Menteri Melaka pada 2014

Buat seketika, Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri menggunakan Toyota Hilux berwarna hitam.

Amalan penggunaan kereta CKD sahaja ini dianggap satu langkah ke hadapan daripada memberi kontrak pembelian kepada Proton tanpa saingan. Langkah ini menggalakkan persaingan di pasaran sambil mendokong pembentukan peluang pekerjaan di kilang-kilang tempatan.

Proton Perdana sejak itu telah dihentikan produksinya. Ahli politik pun tak nak kereta nasional ini

Walau bagaimanapun, ada beberapa kerajaan negeri yang bertindak membeli Toyota Camry buatan Thailand bagi menggantikan armada Proton Perdana mereka yang sudah berusia.

Malah, kereta mewah seperti Mercedes-Benz E-Class dan S-Class (kereta CKD) juga mula dibeli oleh beberapa kerajaan negeri dengan alasan “ia lebih murah untuk dijaga berbanding Proton”.

Mercedes-Benz S560e milik Ketua Menteri Pulau Pinang

Proton, yang kini sudah kehilangan perlindungan Tun M, mula ragu dan menjalankan siasatan.

Mereka mendapati agensi pihak ketiga yang diberi kontrak untuk menjaga armada kenderaan kerajaan telah mengecaj kerajaan secara berlebihan dengan memasang alat-ganti yang tidak diiktiraf oleh kilang pengeluar kereta. Malah, Proton dapat tahu bahawa beberapa kereta terlibat dipasang dengan brek ‘cross-drilled’!

Kereta rasmi Tun M, Proton Perdana dengan jarak roda yang dipanjangkan, ketika beliau masih lagi memegang jawatan PM

Malangnya, kes ini tidak disiasat secara menyeluruh. Amalan melantik pihak ketiga untuk menjaga armada kenderaan kerajaan - dan bukannya menandatangani kontrak servis dengan pengilang kenderaan itu sendiri - masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini.

Hampir sedekad selepas itu, sudah jelas bahawa badan-badan kerajaan sudah tidak pedulikan garis panduan pembelian kereta CKD sahaja. Pembelian kereta impot bukan sahaja boleh diamalkan, malah ia menjadi pilihan kegemaran mereka.

Masa kini, tiada seorang pun pemimpin kerajaan yang berasa segan silu menaiki Alphard atau Vellfire impot mereka setelah usai melancarkan kempen “Beli Produk Buatan Malaysia”.

Setiap kali berlaku pergolakan politik yang menyaksikan kehadiran sekumpulan ahli politik biasa tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang Di-Pertuan Agong, kereta-kereta ahli politik yang berbaris memasuki perkarangan istana kebanyakannya terdiri daripada Toyota Alphard dan Vellfire.

Straits Times Singapura menggelar Alphard sebagai kereta rasmi PM kita

Ketika beberapa pemimpin politik menghadap Sultan pada Rabu lalu, PM Mahiaddin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden MCA Wee Ka Siong, Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim – semuanya hadir dengan menaiki Toyota Alphard atau Vellfire masing-masing.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula tiba dengan kereta Jaguar XJ.

Hanya seorang ahli politik yang dilihat hadir menghadap Sultan dengan menaiki kereta Malaysia (lebih tepat, dilencanakan semula sebagai kereta Malaysia), iaitu Tun Dr. Mahathir dengan Proton X70 bernombor pendaftaran VDM 2020.

Sebelum adanya Perdana, Tun M kerap menaiki Saga Limousine (seperti di atas) Imej: Harian Metro

Ya, Tun M juga kadangkala dilihat menaiki kereta bukan Proton, tapi hampir setiap kali ia pasti lencana Proton.

Baca juga: Tun M terima Perodua Ativa dengan sentimen ‘Wawasan 2020’

Sesiapa pun boleh mengecam Mahathir bila-bila masa mereka suka. Namun, satu perkara yang tidak wajar dikatakan terhadapnya ialah cara beliau berpegang pada kata-katanya – sekurang-kurangnya bagi pilihan beliau dalam penggunaan kereta rasmi buatan Malaysia.

Baca juga: MB Kedah didakwa langgar SOP PKP ‘test drive’ Ford Raptor, polis buka kertas siasatan

Menteri Besar Kedah saman 4 pemimpin pembangkang tahun lalu kerana memfitnah pembelian Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah bagi kegunaannya

Fakta menarik: Tahukah anda semua kereta yang didaftarkan di bawah nama kerajaan dikecualikan daripada membayar cukai? Keistimewaan ini hanya sah apabila kenderaan berkenaan didaftarkan di bawah nama kementerian atau agensi kerajaan, dan bukannya di bawah nama peribadi ahli politik itu sendiri.

Satu lagi fakta menarik: Pada 1992, mendiang Puteri Diana (Princess of Wales) terpaksa menjual kereta Mercedes-Benz SL 500 R129 yang baru sahaja dimilikinya ketika itu, setelah menerima kecaman dan kritikan hebat daripada orang awam kerana ia bukan buatan British. Beliau telah memecahkan tradisi monarki British berusia lebih 50 tahun iaitu membeli kereta keluaran British semata-mata.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda