window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan!

Haris Β· Jun 21, 2021 01:00 PM

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan! 01

Hyundai Elantra mungkin sedikit asing di Malaysia namun jenama kelahiran Korea ini kekal menerajui senarai kenderaan terlaris di sana. Baru sahaja dilancarkan pada April 2020, model yang dijual dengan nama Hyundai Avante ini telah melepasi 100,000 unit jualan di Korea Selatan.

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan! 02

Menurut laporan akhbar Korea Herald, angka jualan Hyundai Elantra secara kumulatif kini berada pada paras 111,634 unit. Angka jualan ini sangat hebat memandangkan ia adalah unit jualan domestik sahaja dan tidak termasuk unit jualan global.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan! 01

Hyundai Elantra adalah sedan kedua terlaris dan kenderaan penumpang ketiga terlaris di Korea Selatan. Berikut adalah senarai 3 model kenderaan penumpang yang terlaris di Korea Selatan setakat Mei 2021:

Unit jualan dari Jan - Mei 2021
Model Unit
Hyundai Grandeur 43,347
Kia Carnival 39,605
Hyundai Elantra 34,634

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan! 02

Populariti Hyundai Elantra sebenarnya dapat dirasai sejak dari awal lagi. Ketika tempahan dibuka, unit tempahan yang diterima adalah sebanyak 10,058 unit untuk hari pertama sahaja - 9x ganda lebih banyak berbanding Hyundai Elantra generasi sebelum yang dilancarkan pada tahun 2015.

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan! 03

Bukan itu sahaja, pasaran US juga menyaksikan Hyundai Elantra terjual sebanyak 59,272 unit untuk bulan Mei 2021 berbanding 40,889 unit pada Mei 2020. Ini bermakna peningkatan tahunan (Year-on-Year) sebanyak 18,383 unit atau sekitar 45% kenaikan jualan. Hebat.

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan! 04

Hyundai Elantra turut dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun 2020. Ia dikuasakan oleh enjin 1.6 liter NA SmartStream G MPI (123 PS, 154 Nm) dengan padanan transisi automatik jenis IVT 8-kelajuan (Intelligent Variable Transmission).

Sokong jenama tempatan, Hyundai Elantra kini sedan ke-2 terlaris di Korea Selatan! 05

Pada awalnya, hanya 1 varian iaitu Premium sahaja ditawarkan pada harga RM 158,888. Tanpa sebarang tanda-tanda mahu mengalah dalam pasaran sedan segmen C, Hyundai Sime Darby Malaysia menyegarkan semula tawaran dengan varian Executive - varian rendah pada harga bermula RM 139,888 sekitar bulan April 2021.

Baca Lagi:

Serendah RM 958 bulanan, beli Hyundai dapat kerusi urut Ogawa secara percuma!

Hyundai Elantra 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia, harga dari RM 158,888, ADAS lengkap, CBU Korea

Kia hambar di Malaysia tapi No.1 di Rusia

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Elantra Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda