SOP PKP 2.0: Berapa orang dibenarkan dalam satu kereta? Ada kelonggaran bagi ibu bapa

Mersita · 2021-01-12 20:30:00

Merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hanya dua orang dari satu isi rumah yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan serta makanan.

Oleh itu, serupa dengan SOP yang dikuatkuasakan pada tahun lepas, hanya dua orang dari rumah yang sama boleh berada di dalam kenderaan pada satu-satu masa. Pergerakan juga terhad kepada hanya 10 km radius dari tempat kediaman.

Bagi ibu bapa yang perlu menghantar anak ke taska dan pusat asuhan pula, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah penumpang di dalam kereta adalah mengikut kapasiti kenderaan. Ini adalah bagi memudahkan ibu bapa atau penjaga yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh PKP dijalankan.

Sila patuh SOP, #KitaJagaKita.

Mersita

Mersita Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia