window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SOP PKP 2.0: Kenderaan persendirian boleh digunakan untuk servis hantar barang

Mersita · Jan 20, 2021 06:00 PM

SOP PKP 2.0: Kenderaan persendirian boleh digunakan untuk servis hantar barang 01

Gambar dari FB KL Runner Delivery dan Ahmad Faizal Murtadza

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya sukar bagi ramai pihak, termasuklah peniaga dan penyedia khidmat penghantaran barang atau makanan. Bagi meneruskan kelangsungan hidup, pasti ada yang mula menyediakan khidmat penghantaran barang dan bungkusan, atau lebih dikenali sebagai ‘runner’.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam kenyataan yang dibuat kelmarin berkata keputusan untuk membenarkan pekerja sambilan dan karyawan bebas untuk menggunakan kenderaan persendirian, sama ada kereta atau motosikal, bagi menjalankan khidmat penghantaran barangan atau bungkusan adalah bagi membolehkan mereka menjana pendapatan di kala musim pandemik ini.

SOP PKP 2.0: Kenderaan persendirian boleh digunakan untuk servis hantar barang 02

Seorang runner OKU di Temerloh. Gambar FB Hafiz Kamaruddin

Bagi perniagaan yang melibatkan penghantaran barangan di bawah kategori Lori Pembawa A dan Lori Pembawa C, mereka dikehendaki memiliki lesen pengoperasian.

“Saya telah mengarahkan MOT dan agensinya untuk mengkaji perkara ini dan membuat peraturan yang sesuai, supaya aktiviti perniagaan mereka boleh diteruskan dalam keadaan yang dikawal selia. Bagaimanapun, proses itu akan mengambil masa untuk diputuskan,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SOP PKP 2.0: Kenderaan persendirian boleh digunakan untuk servis hantar barang 01

Beliau juga berkata yang industri pengangkutan makanan dan barangan pihak ketiga mempunyai potensi besar untuk dibangunkan bagi membawa faedah sosio-ekonomi kepada rakyat, terutama sekali bagi kumpulan B40. Dengan norma baharu masa kini, industri ini dijangka untuk berkembang dengan pesat di masa hadapan.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda