SOP PKP 2.0: Stesen petrol dari 6 pagi – 10 malam, di lebuh raya 24 jam

Mersita · Jan 12, 2021 07:30 PM

SOP PKP 2.0: Stesen petrol dari 6 pagi – 10 malam, di lebuh raya 24 jam 01

Menurut pengumuman yang baru dibuat oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, stesen petrol dibenarkan buka seperti biasa iaitu bermula dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

Manakala, stesen petrol di lebuh raya pula dibenarkan buka selama 24 jam.

Pengumuman bagi SOP operasi stesen petrol ini dilihat sama seperti SOP sebelum PKP 2.0 kali ini diumumkan. Oleh itu, kami jangka tiada perubahan bagi jadual mengisi bahan api kenderaan anda. Cuma pastikan anda pakai pelitup separuh muka dan gunakan ‘hand sanitizer’, serta mengimbas kod MySejahtera di telefon pintar anda apabila memasuki premis stesen serta fasiliti tandas stesen tersebut.

Menurut SOP terdahulu, pelanggan tidak perlu mengimbas kod MySejahtera jika hanya berdiri mengisi tangki minyak kenderaan di pam minyak stesen yang dilawati.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru