SOP PKP 2.0: Tak perlu batalkan tiket, yang terkandas boleh balik sebelum hari Jumaat

Mersita · Jan 12, 2021 09:00 PM

SOP PKP 2.0: Tak perlu batalkan tiket, yang terkandas boleh balik sebelum hari Jumaat 01

Walaupun pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan tiket pengangkutan awam yang lain dibenarkan untuk merentas negeri sewaktu PKP. Begitulah yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam pengumuman khas SOP baharu bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang baru saja dikuatkuasakan bermula tengah malam ini.

Kelonggaran ini diberi untuk memudahkan mereka yang sudah merancang perjalanan sebelum ini tanpa perlu membatalkan tiket perjalanan mereka.

Bagi yang terperangkap/terkandas dan ingin bersama keluarga, Datuk Seri Ismail Sabri berkata mereka haruslah merancang perjalanan sekurang-kurangnya sebelum hari Jumaat ini (15 Januari 2021).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru