Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk membenarkan 3 orang dari rumah yang sama berada di dalam satu kenderaan sehingga tamatnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ini.
Sebelum syarat ini diumumkan, pihak polis yang menjaga sekatan jalan raya (SJR) diarah untuk mengenakan saman RM 1,000 bagi setiap seorang yang ada di dalam kereta (lebih dari 2 orang di dalam kereta) kerana melanggar SOP PKPB. Kali ini, had 3 orang ini akan mula berkuat-kuasa, oleh itu kekalkan jumlah penumpang yang sepatutnya di dalam kenderaan anda pada bila-bila masa.
Komen