window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SOP Raya: Had 15 orang, hanya Raya pertama dibenarkan di kawasan PKP

Mersita · May 4, 2021 08:00 PM

SOP Raya: Had 15 orang, hanya Raya pertama dibenarkan di kawasan PKP 01

Pengumuman terbaru yang dibuat dalam Sidang Media Khas oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, petang ini antaranya ialah berkenaan garis panduan (SOP) bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Bagi kawasan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ziarah ke rumah bagi sambutan Hari Raya hanya dibenarkan pada hari pertama Syawal dan jumlah individu maksima yang dibenarkan berada di rumah pada satu-satu masa adalah 15 orang sahaja.

SOP Raya: Had 15 orang, hanya Raya pertama dibenarkan di kawasan PKP 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jumlah ini bergantung kepada saiz rumah berkenaan. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan jika saiz rumah berkenaan tidak membolehkan penjarakan sosial yang sesuai (1 meter), jumlah individu haruslah dikurangkan.

Bagi kawasan yang berada di bawah PKPB (Bersyarat) dan PKPP (Pemulihan), ziarah ke rumah untuk sambutan Raya dibenarkan bermula raya pertama sehingga raya ketiga sahaja.

Bagi kunjungan di kawasan PKPB, tuan rumah perlu mengehadkan jumlah individu tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Manakala bagi kawasan PKPP, had jumlah individu haruslah tidak melebihi 25 orang. Had ini juga bergantung kepada saiz rumah seperti yang dijelaskan di atas.

SOP Raya: Had 15 orang, hanya Raya pertama dibenarkan di kawasan PKP 01

Dato’ Sri Ismail Sabri juga berkata yang tuan rumah digalakkan untuk menyediakan kod imbas QR bagi pengunjung yang bertandang ke rumah bagi perayaan ini.

Bagi kawasan PKPD (Diperketatkan) pula, tuan rumah tidak dibenarkan menerima sebarang kunjungan/ziarah dari orang luar dan sambutan haruslah dijalankan bersama isi rumah sahaja.

SOP Raya: Had 15 orang, hanya Raya pertama dibenarkan di kawasan PKP 02

Selain dari itu, solat Hari Raya di masjid dan surau di semua kawasan PKP, PKPB, PKPP, dan PKPD adalah dibenarkan – namun, ini bergantung kepada arahan Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing untuk menetapkan jumlah jemaah dan individu (wanita/kanak-kanak/warga emas) yang dibenarkan masuk.

Kunjungan ke kawasan perkuburan juga dihadkan kepada 6 orang sahaja bagi satu lot/petak kubur, dengan masa ziarah dihadkan selama 30 minit sahaja.

Baca juga: PKP 3.0 dikuatkuasakan di 6 daerah Selangor, pelancongan bersyarat dibekukan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda