window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’?

Faisal · Nov 11, 2020 12:30 PM

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 01

Untuk kebanyakan orang, berada di dalam kereta dapat menenangkan jiwa. Ia diibarat seperti berada di dalam ruang peribadi. Perkara ini lebih melayan perasaan apabila dimainkan dengan musik kegemaran.

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 02

Setiap daripada kita mempunyai senarai main (playlist) yang melayan dan menghiburkan jiwa kita. Tidak mengira ketika kesesakan lalu lintas atau mengembara secara bersahaja melalui jalan kegemaran, tiada apa yang dapat mengalahkan alunan musik yang mengasyikkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 01

Menariknya, beberapa pengguna gemar menukar pembesar suara (speaker) untuk bunyi yang lebih padu. Namun begitu, pernahkah anda berbelanja ratusan malah ribuan ringgit untuk sistem audio yang berkualiti tetapi bunyi masih tidak mengancam? Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 02

Perkara ini sebenarnya sama seperti memakai kasut atau kaca mata baru dimana fizikal kita perlu biasakan dengannya terlebih dahulu. Begitu juga dengan speaker.

Bagaimana speaker berfungsi?

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 03

Komponen utama pada sesebuah speaker ialah pada bahagian diaphragm (cone) dan spider. Diaphragm mempunyai gegelung yang membantu menghasilkan getaran udara kepada telinga anda.

Spider pula ialah lapisan cakera fabrik yang disambungkan ke gegelung suara dan dasar cone. Ia bertindak sebagai spring untuk cone kembali ke posisi asal selepas gegelung suara bertindak terhadap isyarat dari input.

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 04

Untuk maklumat anda, komponen-komponen ini agak keras ketika baru. Maka itu, ia tidak mengeluarkan potensi yang sebenar dari segi bunyi. Oleh itu, apa yang perlu anda buat?

‘Panaskan’ speaker

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 05

Istilah ini sebenarnya bermaksud mematangkan speaker anda untuk menghasilkan kadar akustik yang optimum.

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 06

Proton Perdana dengan sistem audio yang gempak. Imej: karhifi

Secara teknikal, proses ini meregangkan fabrik spider daripada bergerak pada kadar yang sama. Hal ini membolehkan ia untuk bergerak lebih fleksibel dan bebas untuk menghasilkan bunyi yang lebih lancar dan sedap dengan kadar bass yang mencukupi.

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 07

Menurut pakar audio, proses ini mengambil masa 36 jam untuk menghasilkan speaker yang berfungsi secara optimum.

Musik apakah yang patut dimainkan untuk mematangkan speaker?

Speaker audio kereta perlu dipanas macam ‘panaskan enjin’? 08

Penggemar dan pakar audio menggalakkan musik yang memberikan campuran bass dan treble yang berlainan. Musik sebegini diibarat seperti senaman untuk speaker kereta anda.

Sekiranya anda mahu mengetahui talaan sesuatu speaker, kami lampirkan senarai main Spotify yang sering digunakan untuk menguji sistem audio kereta. Selain itu, anda boleh mainkan lagu Bohemian Rhapsody oleh Queen. Selepas ini, anda akan lebih berpuas hati dengan sistem audio kereta untuk anda mengembara bumi dengan lebih bermakna dan menyeronokkan. Selamat mencuba!

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda