window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang?

Haris · Jun 27, 2021 02:00 PM

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 01

Pembaca yang budiman tentunya membaca dahulu dan meneliti konteks sebelum memberi komen yang bernas. Justeru di sini penulis ingin membincangkan trend pengeluar kereta yang meletakkan pengehad laju (speed limiter) dalam sebuah kenderaan moden; perlu kah?

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 02

Mengehadkan kelajuan kereta kepada 180 km/j mungkin adalah idea yang terkebelakang, di mana persoalan falsafah pistol dan penembak; siapa salah adalah simile dengan isu ini. Memetik kata-kata Jeremy Clarkson, kelajuan tidak pernah membunuh, tiba-tiba berhenti pegun adalah maut sebenar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Faktor teknologi

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 01

Sepanjang abad yang lalu, teknologi dalam industri automotif telah mencipta kemajuan besar dalam aspek keselamatan. Penciptaan tali pinggang keledar tiga titik, ABS, kawalan cengkaman dan kestabilan, vektor tork dan ADAS adalah antara kemajuan yang telah menyelamatkan nyawa. Penilaian NCAP juga semakin ketat. Jadi semua ini untuk apa? Hanya untuk kembali kepada zaman kenderaan dicipta perlahan?

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 02

Enjin 1.0 liter turbo sahaja boleh catat 160 km/j

Nissan Almera dengan enjin 1.0 turbo pun dah mampu capai kelajuan 160 km/j dengan selamat (dilengkapi AEB) tapi ramai pihak mudah menunding jari ke arah kelajuan sebagai punca. Sebenarnya kelajuan bukan punca tetapi lebih sekadar faktor sampingan.

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 03

Kami juga ingin menegaskan bahawa teknologi juga faktor sampingan, faktor utama kekal pada pemandu. Kereta adalah pistol, teknologi adalah peluru, kelajuan adalah hasilnya, pemandu pula adalah penembak. Jadi adakah anda golongan yang menyalahkan pistol? 

Faktor pemandu

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 04

Bukan pemandu, penunggang juga melakukan kesalahan sama

Dengan penuh sabit, faktor pemandu adalah punca utama kemalangan. Hal ini kerana, kemalangan tetap berlaku walaupun dalam situasi trafik perlahan. Bermain telefon, mencari stesen radio, khayal dan mabuk adalah masalah akar berkait dengan pemandu yang perlu kita tangani.

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 05

Pelajari skil memandu adalah lebih baik

Kita perlu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam pemanduan. Ajar pemandu mengenai kawalan kereta yang betul, pemanduan defensif, kesedaran lalu lintas, etika lorong, penggunaan signal dan sebagainya. Kesemua ini adalah lebih baik dari mengehadkan kelajuan dalam kenderaan. Lagi pula, pemilik kenderaan boleh saja menyahaktif fungsi speed limiter, jadi apa gunanya jika pengeluar meletakkan fungsi ini? 

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 06

Kurikulum dan kenderaan yang masih sama

Wapcar pernah membuat liputan mengenai standard kurikulum sekolah memandu di Malaysia yang masih di takuk yang lama. Malaysia adalah sebuah negara pencinta sedan tetapi belajar memandu dengan sebuah hatchback segmen A.

Kita juga mempunyai badan keselamatan jalanraya yang bagus namun potensinya terhad jika saranan badan kerajaan ini hanya dirujuk oleh standard ASEAN NCAP sahaja. Kita perlu pihak berwajib juga ambil pusing tentang saranan badan ini.

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 07

Pandang cermin sisi pun kadang kala gagal, salah kelajuan?

Adakah anda setuju untuk membayar harga yang tinggi hanya untuk membeli sebuah kenderaan dengan speed limiter? Sudahlah dibebani cukai kenderaan yang tinggi, keadaan jalanraya pula berlubang sana sini, sekarang 'dipaksa' pula untuk beli kenderaan yang perlahan. Memang tak patut. 

Undang-undang lebih baik dari paksaan

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 08

Memandu laju boleh menjadikan anda lebih fokus

Ramai yang mungkin cakap, laju-laju pun tetap ada had laju mengikut undang-undang. Benar tetapi undang-undang tidak memaksa. Anda menyalahi undang-undang jika ditangkap melakukan kesalahan. Ia tetap memberi ruang kepada anda untuk bebas memandu pada kelajuan yang anda rasa selamat (ingat faktor pemandu), lagi-lagi untuk memotong. Speed limiter pula adalah paksaan.

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 09

Ya, pengehad kelajuan terbatas pada 180 km/j sahaja tetapi itu baru permulaan. Siapa kata had laju ini tidak akan direndahkan? Mercedes telah meletakkan speed limiter pada model EQC pada 160 km/j. Hanya menunggu masa untuk pengeluar lain tampil dengan angka yang lebih rendah.

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 10

Lama kelamaan apa pula? Enjin, casis, zon, bahan binaan semua boleh downgrade sebab had laju semakin rendah. Adakah ini kemajuan dalam aspek keselamatan?

Penyokong speed limiter ibarat memandu di lorong kanan pada 120 km/j. Sah di sisi undang-undang tetapi menyakitkan hati pemandu lain. Kita perlukan kemajuan fikiran juga, teknologi sepatutnya membantu bukannya membataskan.

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 11

Ikut kiri kecuali memotong

Memaksa pembeli untuk menerima kenderaan dengan speed limiter dalam kereta moden merugikan pengguna. Kita perlu teknologi untuk membantu kita, bukannya mengehadkan kita dalam pemanduan sehari-harian.

Konklusi

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 12

Kelajuan membunuh adalah suatu alasan culas dari mana-mana pihak pun. Ianya tidak menyelesaikan masalah yang lebih besar sepertimana ciptaan keselamatan lain - beg udara, tali pinggang keledar dan AEB.

'Speed limiter' dalam kereta moden adalah suatu idea terkebelakang? 13

Namun di Wapcar, kami meraikan pendapat. Bagaimana pula jika trend speed limiter hadir ke Malaysia? Adakah kita mampu untuk menerimanya atau menentang?

Bacaan Lanjut:

MIROS cadang had laju 30 km/jam di bandar dan kampung sempena kempen #Love30

Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir?

Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda