window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini!

Haris · Aug 2, 2022 02:00 PM

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 01

Spekulasi mengenai Perodua Ativa Hybrid 2022 telah digembar-gemburkan semenjak kemunculan awal gambar intipan muncul (ketika itu dalam bentuk Daihatsu Rocky e-Smart) lantas beberapa maklumat mengenai spekulasi mengenainya telah tiba ke meja pengarang Wapcar.my.

Bagi pembeli prospek yang berminat, berikut adalah beberapa syarat yang dikenakan untuk membelinya.

Siapa yang layak membeli 2022 Perodua Ativa Hybrid?

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 02

Kredit: Shavinish Nash

Ya, Perodua Ativa Hibrid 2022 telah disahkan untuk Malaysia tetapi ketersediaan model adalah terhad – sekurang-kurangnya pada fasa awal ini. Semakan kami dengan sumber yang arif mengenai perkara tersebut mengesahkan bahawa peruntukan untuk model ini berjumlah 300 unit sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, ia tidak akan tersedia kepada semua bakal pelanggan. Pada masa ini, ia hanya ditawarkan kepada pelanggan yang telah menempah Perodua Ativa versi biasa sebelum tamat tempoh pengecualian SST, dan masih belum menerima kenderaan mereka.

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 01

Foto: Shavinish Nash

Pelanggan yang terpilih akan dihubungi dan diberikan soalan kaji selidik. Dalam borang tersebut, beberapa petunjuk mengenai model itu didedahkan dengan soalan seperti "adakah anda terbuka untuk memiliki kereta hibrid", serta "adakah anda berminat terhadap pelan langganan kereta".

Soalan terakhir itu penting kerana Perodua Ativa Hybrid buat masa ini hanya tersedia secara pajakan, yang mana pembeli membayar yuran bulanan tetap meliputi kos tertentu seperti cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan.

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 02

Kredit: Shavinish Nash

Pada penghujung tempoh pajakan – dijangka 5 tahun –  kereta mesti dipulangkan kepada Perodua.

Mereka yang mengambil tawaran itu juga dijangka akan terlibat dalam kaji selidik Perodua dalam bentuk dalam talian dan bersemuka. Jika semuanya berjalan lancar, penghantaran Perodua Ativa Hibrid akan bermula pada bulan September.

Spesifikasi 2022 Perodua Ativa Hybrid di Malaysia

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 03

Rocky e:Smart Hybrid

Perodua Ativa Hybrid berkemungkinan besar akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, hampir tidak berubah berbanding kereta asasnya, Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid. Jika ya, ia akan menjadi kereta import penuh kedua yang memakai logo Perodua, selepas Perodua Nautica yang laris dijual sekitar tahun 2008.

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 04

Berbalik kepada spesifikasi, kelebihan utama Ativa Hybrid ialah sistem hibrid (siri) sepenuhnya, di mana enjin 3-silinder 1.2 liter kitaran Atkinson (WA-VEX, 82 PS / 105 Nm) dipasangkan dengan motor elektrik 106 PS / 170 Nm dan bateri lithium-ion 4.3 Ah.

Baca: Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 05

Tugas pacuan datangnya dari motor elektrik yang menggerakkan roda, manakala enjin petrol berfungsi sebagai penjana (generator) yang mengecas bateri. Hasilnya adalah penggunaan bahan api yang sangat rendah kerana rpm enjin kekal tidak berubah tanpa perlu disuntik bahan api mengikut keadaan pemanduan mencatatkan hanya 3.6 liter/100 km pada kitaran ujian WLTP.

Spekulasi itu benar; Perodua Ativa Hybrid bakal ditawarkan untuk 300 pembeli Ativa berdasarkan syarat ini! 06

Di Jepun, Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid ditawarkan dengan ciri-ciri canggih seperti mod pemanduan satu pedal (Smart Pedal, S-PDL), brek letak kereta elektrik (EPB), Adaptive Cruise Control dengan Low-Speed Follow, di samping beberapa perubahan luaran yang berbeza.

Baca: Adakah ini Perodua Ativa Hybrid 2022? Akan diperkenal di Malaysia lebih awal?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda