window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza?

Haris Β· Jun 28, 2022 11:59 AM

Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza? 01

  • Model baharu Daihatsu seterusnya masih berdimensi kompak
  • Toyota dan Daihatsu bekerjasama untuk mengusahakan model segmen A untuk pasaran membangun
  • Segmen A yang dimaksudkan termasuk kereta bandar kecil dengan ukuran panjang 2.7-3.7 meter

Model Daihatsu Ayla atau lebih dikenali dengan Perodua Axia kini telah mencecah tahun ke 8 dalam pasaran selepas dilancarkan pada tahun 2014. Sudah tentu, Daihatsu kini dalam pembangunan model baharu dan masanya mungkin sangat sesuai untuk menggantikan Axia. 

Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza? 02

Hal ini juga selaras dengan strategi Toyota yang telah mempunyai pegangan sepenuhnya terhadap Daihatsu secara rasmi pada tahun 2016. Kedua-duanya bekerjasama untuk membentuk sebuah syarikat dalaman yang mengusahakan kereta kompak bagi pasaran negara membangun, di bawah nama 'Emerging-market Compact Car Company' (ECCC). Untuk itu, Indonesia disebut-sebut sebagai pusat pembangunan kerana mempunyai Pusat R&D dan kapasiti pengeluaran yang besar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza? 01

Tugas utama Daihatsu adalah bertanggungjawab untuk pembangunan produk, operasi perniagaan hinggalah perancangan pemasaran. Sementara itu, bahagian dalaman syarikat bertanggungjawab ke atas pembangunan akhir dan kualiti, untuk memenuhi piawaian Toyota sebagai pengeluar induk.

Baca: Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia?

Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza? 02

Mengenai perkembangan seterusnya, Pengarah Pemasaran PT Astra Daihatsu Motor (ADM), Sri Agung Handayani berkata, ia masih dijalankan. Disebabkan keadaan pandemik pada tahun 2020, projek ini tertangguh sehingga kelihatan seperti timbul tenggelam.

“Pada asasnya ia tidak berubah, ia (ECCC) masih wujud dan tugas Daihatsu tetap mengeluarkan kereta dari kelas kei-car hingga kompak A. Kumpulan yang mengendalikan negara membangun masih ada, cuma pergerakannya tidak seagresif yang diinginkan, banyak faktro yang harus dipertimbangkan,” ujar beliau di Manado, Indonesia pada Khamis (23/6).

Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza? 03

Walaupun Agung tidak memperincikan tentang model tersebut, apa yang diperkatakannya jelas iaitu model kembar seterusnya yang kini masih dalam peringkat pembangunan.

Kesemua petanda merujuk kepada model Agya-Ayla generasi baharu, dijangka dibina menggunakan platform DNGA seperti dan menggunakan transmisi Dual-CVT, seperti yang telah dilaksanakan dalam Daihatsu Rocky (Perodua Ativa) dan Daihatsu Sirion (Perodua Myvi) terbaru.

Baca: D-CVT Perodua Myvi facelift 2022 – betul ke lagi baik dari transmisi 4-kelajuan automatik?

Spekulasi: Perodua Axia generasi baharu dengan transmisi D-CVT, ikut Myvi facelift dan Alza? 04

Tranmsisi Dual CVT ini menggabungkan konsep CVT sedia ada, di mana bahagian dalam mekanikal menggunakan gear planetary dan tali sawat. Kelebihannya ialah pengagihan kuasa yang lebih lancar, lebih kuasa pada kelajuan dan rpm yang tinggi, tanpa mengorbankan penggunaan bahan api. Namun begitu, perkara ini masih belum disahkan secara rasmi.

"Untuk segman B atau D, selalunya Toyota (yang hasilkan), tetapi Daihatsu juga ada Terios-Rush dan Xenia-Avanza. Ia masih tidak berubah. Walaubagaimanapun, projek A dan B masih dibincangkan lagi dan dikaji," ujar Agung lagi. - Autofun.id

Baca: Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda