window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa?

Haris · Dec 30, 2022 03:00 PM

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa? 01

Perodua mungkin mempunyai model hibrid dalam tawaran produknya ketika ini walaupun ia tidak terbuka kepada massa namun langkah ini dilihat satu inisiatif yang baik sebelum bermula dengan model hibrid pembangunan sendiri.

Menurut laporan oleh RHB Investment Bank, Perodua dijangka akan memperkenalkan kenderaan hibrid (HEV) pertamanya pada tahun 2024. Butiran lanjut masih belum didedahkan, cuma jangkaan bahawa segmen elektrik (HEV, PHEV, BEV) di Malaysia akan terus berkembang selepas pengenalan model itu.

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Awal tahun ini, Perodua mengumumkan Ativa Hybrid yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan merupakan rebadge secara langsung daripada Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid.

Perodua Ativa Hybrid tidak dibuka untuk jualan, sebaliknya boleh didapati melalui program sewaan kepada pelanggan terpilih menerusi subsidiari EZ MOBi.

Baca: Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa? 01

Hanya 300 unit Perodua Ativa Hybrid yang ditawarkan sebagai pengenalan. Dalam pada masa yang sama, kajian kebolehlaksanaan untuk memberikan pandangan tentang minat, keperluan, tabiat pemanduan dan kos pengendalian pelanggan (terutamanya di bandar dengan trafik tinggi) dilakukan sebelum Perodua menceburkan diri ke dalam dunia hibrid dan kemudiannya berpotensi untuk menghasilkan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) .

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa? 02

Pada masa ini, Daihatsu tidak mengeluarkan BEV dan Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid ialah satu-satunya model HEV dalam barisannya.

Walaupun laporan itu tidak menyebut model mana yang akan menjadi HEV pertama Perodua, setakat ini petanda menunjukkan ke arah Perodua Ativa. Berkemungkinan besar sebagai varian baharu dalam facelift pertengahan kitaran hayat produk.

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa? 03

Di bawah bonet Perodua Ativa Hybrid ialah sistem hibrid siri dengan motor elektrik 106 PS/170 Nm dan enjin petrol tiga silinder 1.2 liter WA-VEX (82 PS/105 Nm) yang bertindak sebagai penjana (generator) untuk mengecas bateri litium-ion 4.3 Ah.

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa? 04

Spesifikasi ini menghapuskan keperluan untuk kotak gear konvensional, menjadikannya trenkuasa yang cukup padat dan ringan. Secara keseluruhannya, ini membolehkan Ativa Hybrid mencapai angka kecekapan bahan api 31.3 km/liter (atau 3.2 liter/100 km) pada Ujian Pemanduan Malaysia (MDC).

Baca: Hibrid 101: Apa itu MHEV, HEV, PHEV dan hibrid manakah sesuai dengan anda -Toyota, Honda atau Perodua?

Spekulasi: Perodua bakal hadir dengan model hibrid pertama tahun 2024, Alza atau Ativa? 05

Menariknya, satu lagi model boleh ditampilkan dalam trenkuasa hibrid dan ini adalah Perodua Alza. Kembarnya, Toyota Veloz dijangka akan tampil dengan varian hibrid pada hujung tahun 2023 dan ini mungkin boleh dibawa ke Perodua Alza.

Hal ini kerana kedua-dua Toyota Veloz dan Perodua Alza dipasang di kilang yang sama iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB) di Rawang, Selangor.

Baca: Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia