window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan!

Haris · Nov 4, 2022 01:00 PM

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan! 01

Subaru telah mengambil model Daihatsu dan Toyota untuk model rebadge selama bertahun-tahun sebelum ini justeru spekulasi terbaru yang datang dari Jepun ini mungkin tidak mengejutkan sesetengah pihak.

Dalam satu spekulasi terkini, model baharu yang disasarkan untuk menjadi model asas adalah Toyota Raize/Daihatsu Rocky - turut dikenali sebagai Perodua Ativa - mungkin menjadi model rebadge Subaru untuk pasaran Jepun.

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan! 02

Barisan kereta kei pasaran Jepun oleh Subaru adalah rebadge daripada Daihatsu

Menurut laman BestCarWeb, Rocky/Raize juga akan dijual sebagai Subaru Rex di Jepun yang menjadikan ini adalah model OEM keenam jenama Star of Pleiades yang ditawarkan pada masa ini berdasarkan model Daihatsu/Toyota.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia juga bakal menggunakan nama klasik yang sudah dilupakan selama 30 tahun.

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan! 01

Subaru Rex generasi akhir

Subaru Rex ialah kereta kei yang telah dijual antara tahun 1972 dan 1992. Lebih 1.9 juta unit telah dijual dalam 3 generasi dan Rex juga merupakan salah satu daripada beberapa kereta kei Jepun yang ditawarkan dengan enjin supercharger.

Baca: Panas macam wasabi – Hot hatch Kei pada Bubble Era

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan! 02

Punca utama untuk menghasilkan model rebadge kepada Raize/Rocky/Ativa adalah untuk mengisi barisan SUV peringkat pengenalan Subaru.

Menurut sumber media Jepun itu, SUV kecil dalam perancangan ini pada asasnya menggantikan Subaru XV varian 1.6 liter yang kini digugurkan. Hal ini kerana Subaru Crosstrek (nama XV turut dgugurkan) generasi baharu hanya menawarkan unit enjin 2.0 liter e-Boxer hibrid ringan.

Baca: 2023 Subaru Crosstrek generasi baharu didedah - 2.0L hybrid, tiada lagi nama XV!

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan! 03

Daihatsu Rocky Hybrid

Walaubagaimanapun, Subaru Rex yang di-rebadge daripada Raize/Rocky dikatakan hanya menawarkan enjin 1.2 liter WA-VE (88 PS/113 Nm) aspirasi semula jadi dengan pacuan roda hadapan.

Varian 4WD serta varian 1.0 liter pengecas turbo (98 PS/140 Nm) atau 1.2 liter e-Smart hybrid (106 PS/170 Nm) tidak akan ditawarkan dalam lencana Subaru.

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan! 04

Sumber daripada BestCarWeb juga mendedahkan bahawa Subaru Rex boleh ditawarkan dengan 3 varian dan harga juga akan kompetitif dengan Raize/Rocky 1.2 liter yang setaraf, iaitu berkisar antara JPY 1,707,000 hingga JPY 2,039,000 (~RM 55k RM 65k).

Baca: Toyota Wigo - kembar Perodua Axia enjin 1.2L, adakah ini potensi maksimum Axia?

Spekulasi: Subaru mahu rebadge Ativa di Jepun, SUV kompak Subaru Rex dalam perancangan! 05

Perodua Ativa bukanlah model Perodua pertama yang di-rebadge secara rasmi Subaru. Terdapat juga Subaru Justy yang pada asasnya adalah rebadge daripada Daihatsu Sirion/Boon/Toyota Passo/Perodua Myvi generasi pertama.

Mungkin dengan perincian kabin dalaman Ativa yang disumbangkan oleh tenaga kerja Perodua, ia boleh dikatakan bahawa produk Perodua kini mula diterima pasaran global?

Baca: Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda