window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Toyota C-HR generasi baharu tertiris berdasarkan gambar paten, menyusul 2023?

Haris Β· Sep 22, 2022 03:00 PM

Spekulasi: Toyota C-HR generasi baharu tertiris berdasarkan gambar paten, menyusul 2023? 01

Toyota Motor Corp dilaporkan telah memfailkan gambar paten untuk sebuah SUV misteri, dipercayai model pengganti atau baharu untuk Toyota CH-R.

Kehadiran imej paten tersebut sebenarnya mirip dengan sebuah "Small SU EV yang didedahkan oleh Toyota ketika memperkenalkan perancangan syarikat mengenai halatuju kenderaan elektrik Toyota dalam sidang media global tahun lepas.

Toyota bercadang untuk menjual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model diperkenalkan manakal 14 lagi dalam perancangan - menjadikan mereka pengeluar EV terbesar di dunia berdasarkan objektif itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Toyota akan jual 3.5 juta EV menjelang 2030, 16 model dikeluarkan, 14 lagi akan tiba. Peneraju EV dunia?

Spekulasi: Toyota C-HR generasi baharu tertiris berdasarkan gambar paten, menyusul 2023? 01

Spekulasi: Toyota C-HR generasi baharu tertiris berdasarkan gambar paten, menyusul 2023? 02

Dalam satu laporan portal Jepun, BestCarWeb, imej paten tersebut berkemungkinan besar merupakan model Toyota CH-R generasi baharu. Sebagai rujukan, Toyota CH-R telah dihentikan jualan di Malaysia pada Disember 2022 atas faktor kekurangan jualan dan kini digantikan dengan Toyota Corolla Cross yang lebih menepati citarasa pasaran.

Spekulasi: Toyota C-HR generasi baharu tertiris berdasarkan gambar paten, menyusul 2023? 03

SUV EV kompak ini dijangka sedikit lebih besar daripada Toyota C-HR generasi sekarang. Spesifikasi trenkuasa dikhabarkan berkisar antara enjin petrol 2.0 liter aspirasi semula jadi atau sistem hibrid 1.8 liter, manakala varian hibrid plug-in juga mungkin akan ditawarkan.

Baca: Dihentikan di Malaysia kerana kurang laku, Thailand memotong harga Toyota C-HR 2021

Spekulasi: Toyota C-HR generasi baharu tertiris berdasarkan gambar paten, menyusul 2023? 04

Sistem E-Four pacuan semua roda elektrik mungkin juga ditawarkan kepada model tersebut sebagai tambahan. Portal penerbitan itu juga berspekulasi bahawa debut SUV EV baharu ini mungkin akan berlaku pada pertengahan 2023, dengan harga bermula dari JPY 2.5 juta (~RM 80k) hingga JPY 3.3 juta (~RM 104k).

Harga ini adalah peningkatan daripada JPY 2.1 juta (~RM 73k) untuk model generasi semasa yang berakhir pada tanda harga JPY 3.2 juta (~RM 101k).

Spekulasi: Toyota C-HR generasi baharu tertiris berdasarkan gambar paten, menyusul 2023? 05

Bukan itu sahaja, BestCarWeb juga berspekulasi bahawa bahawa model itu boleh melakukan kejutan dengan cara diperkenalkan sebagai 'Prius Cross', memetik trend terkini Toyota yang memilih penjenamaan SUV berdasarkan kejayaan model sedan/hatchback. 

Spekulasi ini juga seiring dengan langkah Toyota sejak akhir-akhir ini seperti menamakan SUV segmen C dengan Toyota Corolla Cross atau SUV segmen B - Toyota Yaris Cross.

Baca: Spekulasi Toyota Yaris Cross DNGA bakal menjengah Indonesia, ganti Toyota Rush?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda