window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran?

Khairil ยท Dec 14, 2021 06:30 PM

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 01

Susulan populariti tinggi dimiliki Yamaha Y15ZR V2 atau lebih dikenali 'YSuku', kehadiran model baharu Y16ZR pada Mac lalu tidak membuatkan pengeluaran model hangat itu dihentikan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Begitupun, timbul spekulasi panas atau 'kebimbangan' yang menyatakan model hangat yang merajai segmen 'Super moped' negara itu selama bertahun-tahun bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Juga baca: Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 01

Ia berikutan perkhabaran mengenai kehadiran generasi kelapan satu lagi model 'panas' Yamaha 135LC yang sedang tular di media sosial ketika ini.

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 02

Tangkap layar video menyatakan Yamaha 135LC V8 sedang jalani tunggang uji.

Berdasarkan imej spyshot yang disebarkan di laman maya, Yamaha 135LC V8 bakal 'menyerupai' Yamaha Y15ZR V2 terutama di bahagian depan termasuk penggunaan lampu utama yang sama. 

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 03

Sumber imej: Pengguna FB

Menurut rakan media automotif, Arena Motosikal, Yamaha 135LC V8 dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan dan berikutan kehadiran model berkenaan, HLYM berkemungkinan akan menghentikan pengeluaran YSuku.

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 04

Apapun, perkara itu masih di tahap spekulasi dengan HLYM selaku pengedar jenama motosikal berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Jika melihat kepada beberapa pasaran negara jiran terdekat, kehadiran model baharu bukanlah penanda penamat kepada model sedia ada terutama yang masih 'panas'.

Juga baca: Yamaha Y15ZR - Kebal kritikan, reka bentuk ‘hensem’, jadi ramuan ‘takhta’ yang sukar digugat!

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 05

Sebagai contoh, Yamaha Y15ZR V1 masih dijual secara rasmi oleh Yamaha Motor Indonesia dengan nama Yamaha Jupiter MX 150 dan di Vietnam, Yamaha Y15ZR V2 masih dijual dengan nama asalnya Exciter 150.

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 06

Begitupun di satu lagi pasaran utama motosikal dunia iaitu Thailand, penjualan untuk Y15ZR V2 atau Yamaha Exiter 150 dihentikan bagi memberi laluan kepada model terbaharu, Yamaha Exciter 155 yang baru saja dilancarkan.

Menerusi semakan yang dibuat di laman web jual beli popular, penawaran untuk Yamaha Y15ZR V2 masih ada namun apa yang pasti, ia jelas tidak semeriah dahulu dengan kehadiran Y16ZR.

Juga baca: Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 07

Sekalipun spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh Y15ZR V2 sememangnya 'kalah' terutama dari sudut teknologi kepada Y16ZR, ia tetap mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut: 

  • Harga lebih murah berbanding Y16ZR 
  • Reka bentuk yang masih sporty dan tetap 'hensem'
  • Alat ganti yang masih banyak di pasaran
  • Masih berentap di Cub Prix

Sebagai pengguna, bukan satu masalah jika penawaran di pasaran terlalu banyak kerana ia mampu memberikan penawaran lebih menarik daripada pengedar.

Spekulasi: Yamaha Y15ZR V2 'YSuku' bakal henti pengeluaran, bagi laluan 135LC V8 sertai pasaran? 08

Yamaha 135LC V7

Apapun, segala keputusan pastinya terletak di tangan HLYM dan segala perancangan sudah dibuat 'imbangan'. Tetapi adakah tindakan menghentikan pengeluaran Y15ZR V2 dibuat sebagai tepat? Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda