window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi awal Ora Good Cat di Malaysia: Harga dari RM 140k, jarak tempuh 400-500 km, 143 PS

Mersita · Jul 11, 2022 08:00 PM

Spesifikasi awal Ora Good Cat di Malaysia: Harga dari RM 140k, jarak tempuh 400-500 km, 143 PS 01

Ora Good Cat spesifikasi Thailand

Baru-baru ini, Great Wall Motor (GWM) mengumumkan secara rasmi kemasukan semula syarikat ke pasaran Malaysia dibawah pengurusan baharu. Namun, perhatian tertumpu kepada model seperti Ora Good Cat, kereta elektrik (EV) keluaran jenama itu dan kami ingin kongsikan beberapa info menarik tentang EV ini.

Spesifikasi awal Ora Good Cat di Malaysia: Harga dari RM 140k, jarak tempuh 400-500 km, 143 PS 02

Warna dwi-tona hijau dan putih pada Good Cat spesifikasi Thai. Gambar oleh Autofun Thailand

Empat varian dijangka akan diperkenalkan: Tech, Pro, Ultra, dan Ultra G. Berikut ialah perbandingan ringkas mengikut spesifikasi menurut info yang sempat kami dapatkan dari laman web jenama itu yang kini sudah ditutup:

Spesifikasi awal Ora Good Cat di Malaysia: Harga dari RM 140k, jarak tempuh 400-500 km, 143 PS 03

Perlu diingatkan yang spesifikasi pendahuluan ini mungkin akan berubah bila-bila masa, tertakluk pada keputusan muktamad pengilang. Harga sekitar RM 14xk – RM 16xk itu juga sekadar anggaran pengeluar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Ora Good Cat EV membuat debut rasmi di Malaysia; CBU China, jarak 400 - 500 km, 80% dalam 30 minit

Spesifikasi awal Ora Good Cat di Malaysia: Harga dari RM 140k, jarak tempuh 400-500 km, 143 PS 01

Good Cat spesifikasi Thai

Selain perbezaan dari segi kelengkapan, perbezaan utama antara keempat-empat varian ini adalah teknologi bateri, kapasitinya, dan tempoh pengecasannya. Oleh sebab ini, jarak tempuhnya juga berbeza; namun janaan kuasa kekal sama.

Spesifikasi awal Ora Good Cat di Malaysia: Harga dari RM 140k, jarak tempuh 400-500 km, 143 PS 02

Ia menggunakan pengecas AC Type 2, dan juga dengan pengecas DC CCS2. Tempoh pengecasan yang dinyatakan adalah seperti berikut:

Tempoh mengecas Ora Good Cat
Bateri Tempoh mengecas
48 kWh

DC fast charging:

10% - 80% : ~32 minit

0% - 80% : ~46 minit

AC charging: ~8 jam

63 kWh

DC fast charging:

10% - 80% : ~40 minit

0% - 80% : ~60 minit

AC charging: ~10 jam

Buat masa ini, laman web itu mengiklankan Ora Good Cat sebagai model yang boleh dipra-tempah dengan bayaran RM 1,000 bagi satu unit, dan penghantarannya kepada pelanggan dijangka akan bermula pada suku keempat 2022 tahun ini.

Juga baca: GWM jamin ketersediaan alat ganti bukan isu untuk pembeli di Malaysia, gudang stok dari Thailand akan dibuka

Spesifikasi awal Ora Good Cat di Malaysia: Harga dari RM 140k, jarak tempuh 400-500 km, 143 PS 03

Poer 12

Di samping Good Cat, laman web sama juga mengiklankan trak pikap GWM Pao 11 dan Poer 12 yang kini turut dibuka untuk pra-tempahan.

Pesaing Hilux ini merupakan salah satu daripada barisan kenderaan GWM yang diperkenalkan di pasaran kita. Dengan ini, kita juga boleh jangkakan kehadiran Haval H6 dan Haval Jolion. Lagipun, gambar intipan kurang jelas yang timbul sejak kebelakangan ini mengukuhkan lagi kemungkinan tersebut.

Juga baca: SPYSHOT: Haval H6 PHEV 2022 di Malaysia, debut di tanah air kita dulu berbanding China?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda