window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0?

Haris · Feb 19, 2021 08:00 PM

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0? 01

Tempahan kini dibuka untuk Perodua D55L setelah sekian lama menjadi senjata sulit Perodua. Model SUV segmen B ini dijangka akan menjadi model mercu Perodua menggantikan Perodua Myvi.

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0? 02

Satu-satunya gambar Perodua D55L di Malaysia

Mengapa Perodua D55L jadi taruhan untuk Perodua sebagai model terbaik? Apa kata kita semak dahulu spesifikasi Perodua D55L yang diumumkan.

Perlu diingatkan bahawa ini bukan spesifikasi rasmi tetapi lebih kepada panduan kelengkapan yang akan diterima kelak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0? 01

Pertama sekali, Perodua D55L dijangka akan hadir dengan A.S.A 3.0 yang menampilkan ciri-ciri Level 2 Autonomous Driving.

Antara ciri tersebut adalah Lane Keep Assist dan Adaptive Cruise Control. ACC memastikan anda kekal dalam jarak pemanduan yang selamat ketika kaki anda tidak menginjak pedal minyak.

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0? 02

Selain itu, ciri yang kami rasakan paling mahal pada Perodua D55L adalah ciri lampu LED adaptif. Ciri ini akan menurunkan pancaran tinggi lampu hadapan apabila kenderaan dari arah berlawan dikesan. Malah, kereta yang berharga 2 ke 3 kali ganda juga tidak ditawarkan dengan ciri tersebut.

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0? 03

Terdapat 3 varian yang ditawarkan dengan kit badan Gear Up. Aksesori tambahan yang boleh dibeli secara berasingan termasuklah lampu lantai, plat pintu berlampu LED, kit badan Blaze, peredam bunyi bahagian hud depan dan penghadang bumper belakang.

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0? 04

Selain itu, Perodua D55L disahkan tidak akan hadir dengan varian manual. Bagi pemerhati industri yang ragu-ragu dengan enjin 1.0 turbo pula, apa kata tonton video Toyota Raize (model kembar Perodua D55L) menewaskan model yang lebih besar.

Tonton: Toyota Raize kalahkan model Toyota lain!

Spesifikasi awal Perodua Ativa (D55L) diumumkan - ACC, lampu LED adaptif, A.S.A 3.0? 05

Spesifikasi yang menjadi halwa mata ramai pembeli prospektif adalah kadar penggunaan minyak sebanyak 18.9 km / liter dan harga dari RM 62,500 hingga RM 73,400. Perodua tampaknya akan memulakan tahun 2021 dengan kukuh dan jualan Perodua D55L dijangka akan mengikuti jualan kembarnya di Jepun.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda