Selepas melewati hari yang panjang dengan gambar intipan 2022 Toyota Avanza generasi baharu, spesifikasi untuk MPV kegemaran rakyat Indonesia ini juga turut tertiris. Julat harga Toyota Avanza di Indonesia merangkumi sehingga 11 varian harga dengan 2 pilihan enjin dan transmisi.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Menurut Indra Fathan lagi, harga antara model sekarang dengan model generasi baharu kesemuanya naik sekitar IDR 18.6 juta (RM 5.4k) sehingga IDR 49 juta (RM 14.3k). Berikut adalah senarai model 2022 Toyota Avanza generasi baharu dan harganya.
Spesifikasi dan harga 2022 Toyota Avanza |
Varian |
Anggaran Harga (IDR) |
Tukaran |
Avanza 1.3 E MT |
206 juta |
RM 60,000 |
Avanza 1.3 E CVT |
219 juta |
RM 63,762 |
Avanza 1.5 G MT |
228 juta |
RM 66,497 |
Avanza 1.5 G CVT |
241 juta |
RM 70,251 |
Avanza 1.5 G CVT TSS |
264 juta |
RM 76,944 |
Avanza 1.5 Veloz MT |
251 juta |
RM 73,103 |
Avanza 1.5 Veloz MT (Premium Color) |
252.5 juta |
RM 73,481 |
Avanza 1.5 Veloz Q CVT |
272 juta |
RM 79,185 |
Avanza 1.5 Veloz Q CVT (Premium Color) |
273 juta |
RM 79,563 |
Avanza 1.5 Veloz Q CVT TSS |
291.5 juta |
RM 85,879 |
Avanza 1.5 Veloz Q CVT TSS (Premium Color) |
292.8 juta |
RM 85,209 |
Toyota Avanza pasaran Indonesia dijangka akan kekal menawarkan model dengan enjin 1.3 liter Dual VVT-i 1NR-VE tetapi hanya terhad kepada 2 varian sahaja - manual 5-kelajuan atau automatik CVT. Ini merujuk kepada Toyota Avanza generasi kedua yang masih dijual ketika ini.
Baca: SAH: Toyota Avanza & Vios generasi baharu akan hadir dengan trenkuasa e:Smart Hybrid!
Selain daripada itu, enjin 1.5 liter Dual VVT-i 2NR-VE yang masih lagi cemerlang akan memacu kebanyakan varian 2022 Toyota Avanza. Namun pilihan transmisi manual sedikit berbeza dengan kekurangan nisbah manual 4-kelajuan. Transmisi automatik CVT adalah sama. Ini merujuk kepada spesifikasi generasi kedua yang masih ada sekarang.
Tambahan suite ADAS (Sistem Bantuan Pemandu Termaju) daripada Toyota iaitu Toyota Safety Sense juga ditawarkan dalam model 2022 Toyota Avanza ini. Sebagai peneraju dalam aspek keselamatan, TSS mempunyai fungsi seperti:
- Pre-Collision System (PCS)
- Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist
- Lane Tracing Assist (LTA)
- Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) tanpa had kelajuan
- Automatic High Beam (AHB)
Namun adakah ia akan hadir ke Malaysia? Dengan pengguguran model Toyota Passo Sette di Jepun yang merupakan model asas bagi Perodua Alza, 2022 Toyota Avanza ini dijangka akan di-rebadge menjadi Perodua Alza generasi baru.
Melihat kepada anjakan teknologi yang ditawarkan dalam Perodua Ativa dan Perodua Myvi facelift 2021, khabar angin ini ternyata berasas. Apa-apa pun, tunggu tahun depan sebelum Perodua Alza generasi baharu dijangka akan dilancarkan.
Baca: Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });