window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda

Mersita · Sep 1, 2020 01:00 PM

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 01

Semakin masa berlalu, semakin banyak kelengkapan yang didatangkan dengan kereta-kereta baru. Salah satu alat yang semakin kerap dipasang di dalam beberapa model kereta baru ialah perakam video digital (DVR), yang juga lebih dikenali sebagai ‘dashcam’.

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 02

Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ataupun kemalangan, bukti rakaman video yang dirakam oleh 'dashcam' ini akan membantu anda kelak.

Banyak kereta masa kini ditawarkan dengan ‘dashcam’ yang dipasang-dalam dan menghadap ke hadapan. Manakala, beberapa pembuat kereta seperti Toyota juga akan menawarkan kamera belakang dengan kos tambahan sebanyak RM 350. Agak berbaloi untuk pemanduan selamat dan ketenangan jiwa, bukan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta-kereta baru dengan ‘dashcam’ dibina-dalam:

Toyota Vios

Toyota Yaris

Toyota Corolla Altis

Toyota Camry

Toyota Rush

Toyota Avanza

Toyota Fortuner

Toyota C-HR

Toyota Alphard

Toyota Vellfire

Toyota Innova

Perodua Aruz

Honda City (SE sahaja)

Nissan Serena

Mitsubishi Outlander

Mitsubishi Triton

BMW X2

BMW X4

BMW X5

MINI (semua model)

Kalau kereta anda tidak dilengkapi dengan ‘dashcam’ dibina-dalam, jangan risau. Banyak ‘dashcam’ yang berkualiti dan boleh diharap yang dijual di pasaran. Secara ringkasnya, berikut adalah spesifikasi penting yang anda patut cari apabila ingin membeli ‘dashcam’ atau DVR:

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 01

  • Resolusi video: Resolusi paling minimum yang disarankan untuk ‘dashcam’ ialah 1080P. Manakala, 2160P dan 4K menawarkan rakaman video yang lebih jelas dan tajam, tapi saiz failnya agak besar.
  • Kadar bingkai (Framerate): 30 bingkai/saat (fps) menjadi kebiasaan masa kini, tapi seeloknya yang ideal ialah 60 fps. Kadar yang tinggi juga bermaksud saiz/memori fail yang lebih besar.
  • Kad memori (memory card): Kami sarankan anda untuk membeli kad memori yang direka secara khas untuk penggunaan DVR, yang seringkali dilabel sebagai ‘High Endurance’ (Ketahanan Tinggi). Pengilang seperti Transcend, Kingston, Samsung, dan SanDisk ada menawarkan kad-kad sebegini.
  • Kapasiti kad memori: Beli yang sekurang-kurangnya 32GB. Kalau DVR anda spesifikasi tinggi ataupun anda nak lebih mudah, belilah yang 128GB.
  • Saiz skrin: Memang elok kalau ada skrin paparan untuk menyelaraskan posisi DVR, tapi kalau tak ada pun tak apa. Beberapa jenis DVR tiada skrin paparan dan pengguna hanya menggunakan sambungan WiFi untuk melihat rakamannya.
  • G-Sensor: Apabila G-Sensor mengesan perlanggaran, DVR tersebut akan mengunci rakaman video pada masa tersebut untuk mengelakkannya daripada dipadam atau ditimpa fail lain.

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 02

Selain daripada spesifikasi di atas, kami juga menyarankan pengguna untuk memeriksa futej video sebenar yang dirakam oleh 'dashcam' tersebut sebelum membuat pembelian kerana futej video yang kabur tak berguna untuk dijadikan bukti. Kalau nak lebih yakin, anda juga boleh lihat reviu 'dashcam' atau DVR di YouTube sebelum membuat keputusan.

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 03

Tambahan pula, kami sarankan anda untuk melihat futej video dalam senario berbeza, bukan saja di siang hari. ‘Dashcam’ yang bagus boleh merakam video dengan jelas dan tajam walaupun dalam suasana malap atau gelap.

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 04

Antara jenama yang anda boleh tengok-tengok termasuklah Viofo, Xiaomi, 70Mai, Transcend, dan Blackvue. Jenama-jenama ini adalah jenama yang dipercayai disamping menawarkan kamera yang bagus pada tahap harga yang pelbagai.

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 05

Bagi proses pemasangan ‘dashcam’ pula, kami tahu yang alatan menyambung wayar agak biasa digunakan masa kini. Tapi, perlu diingatkan yang kaedah ini akan membatalkan waranti kereta anda kerana ia mengganggu pendawaian asal kereta. Oleh itu, penggunaan kaedah ini adalah di atas risiko anda sendiri.

Spesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda 06

Seeloknya, gunakanlah soket 12V atau penyala rokok atau USB sebagai sumber kuasanya.

Inilah dia tip dan panduan membeli ‘dashcam’ atau DVR dan betapa pentingnya ‘dashcam’ di dalam sesebuah kereta.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda