window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi!

Faisal · Jun 13, 2021 06:00 PM

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 01

Awal bulan ini, kami telah kongsikan beberapa maklumat baru mengenai Proton Persona facelift (MC2) 2021. Sekarang, butiran mengenai spesifikasi Proton Iriz facelift 2021 pula yang terdedah.

Tiada lagi manual, 2 warna baru dari X50, lampu depan jenis LED

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 02

Persona facelift yang telah bocor tetapi Iriz facelift akan nampak lebih kurang. Kredit.

Seperti Persona, wajah Iriz juga bakal menyaksikan pembaharuan yang mana ia hadir dengan bampar dan gril yang direka bentuk semula. Malah, ia tampil dengan logo Proton yang baru.

Malangnya, pengesan halangan parkir hadapan pada varian Standard akan digugurkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 01

Kredit.

Pada bahagian belakang, lampunya bakal hadir dengan sentuhan baru.

Dari sudut tepi, Iriz facelift akan datang dengan roda 15 dan 16 inci yang baru tetapi dua varian teratas dilengkapkan dengan roda ganti bersaiz 16 inci.

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 02

Iriz Active. Kredit.

Kali ini, varian bertransmisi manual dan 1.3 Executive (CVT) akan digugurkan.

Menariknya, Iriz facelift hanya akan ditawarkan dengan varian 1.3 Standard, 1.6 Executive, dan 1.6 Active ala crossover.

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 03

Foto: Funtasticko.

Varian ini juga didatangkan eksklusif dengan lampu depan jenis LED dan rel bumbung.

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 04

Citric Orange pada Proton X50.

Secara keseluruhan, Iriz facelift bakal hadir dengan dua pilihan warna baru dari Proton X50 sendiri iaitu Citric Orange dan Passion Red (hanya untuk varian Active).

Juga bacaSpyshot: Proton Iriz Active crossover tanpa samaran - ‘cladding’ plastik, bumbung hitam, rim baru?

Interior yang diperbaharui, bantuan suara, sistem multimedia baru

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 05

Kredit: Funtasticko.

Seperti spyshot yang pernah kami laporkan, Iriz facelift akan tampil dengan interior yang lebih moden sekali dengan ciri penyaman udara digital.

Antara ciri baru yang didatangkan standard ialah:

  • 2 port USB di konsol tengah (6 port secara keseluruhan)
  • 1 port USB untuk dashcam
  • Tombol gear baru
  • Kemasan baru pada kerusi
  • Armrest di konsol tengah
  • Kluster instrumen yang lebih terkini
  • Kemasan bumbung tanpa anyaman (mengganti bahan Tricot)

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 06

Cermin pandang belakang ala frameless yang ada pada Iriz sekarang.

Menariknya, Iriz facelift kembali dengan cermin pandang belakang jenis konvensional, bukannya frameless ala tanpa bingkai yang ada selama ini.

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 07

Kredit: Automachi.

Eksklusif untuk varian Executive dan Active ialah sistem infotainment sesentuh 8 inci baru (dengan arahan suara). Varian pengenalan iaitu Standard akan kekal dengan skrin sesentuh 7 inci.

Unik untuk varian Active juga ialah ciri pedal dan karpet yang lebih sporty dan amaran pemakaian tali pinggang untuk penumpang belakang.

Juga bacaSpyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang!

Sekurang-kurangnya 4 beg udara, ADAS belum dapat dipastikan

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 08

Kabin Proton Iriz sekarang.

Dari segi keselamatan, varian Standard sekalipun akan hadir dengan beg udara sisi yang mana jumlahnya keseluruhan beg udara dinaik taraf kepada 4.

Varian Executive pula menambah 2 lagi beg udara curtain. Jumlah ini menghasilkan 6 beg udara, sama seperti varian Active.

Apapun, kedatangan ciri bantuan keselamatan ADAS masih belum dapat dipastikan.

Juga bacaSpyshot: Imej Proton Iriz Active tertiris, tiada Ethereal Bow, akhirnya dengan logo Proton baru?

Enjin 1.3L dan 1.6L yang sama tetapi dengan mod pemanduan baru

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 09

Nampaknya, Iriz facelift akan kekal dengan enjin 1.3L (95 PS, 120 Nm tork) dan 1.6L (109 PS, 150 Nm tork).

Unik untuk facelift kali ini ialah transmisi CVT yang ditala semula dengan 5 kelajuan maya. Sumber yang sahih turut menyatakan bahawa ia mempunyai pilihan mod pemanduan Eco dan Sport.

Harga dan tarikh pelancaran

Spesifikasi Proton Iriz facelift (MC2) 2021 bocor sebelum pelancaran rasmi! 10

Proton Iriz sekarang.

Selain dari segala maklumat yang kami perincikan, harga dan tarikh pelancarannya masih kekal sebagai rahsia.

Juga baca

Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda