window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi Proton X70 facelift 2022 (MC1) tertiris - AWD kembali, 2 pilihan enjin?

Haris · Apr 12, 2022 04:30 PM

Spesifikasi Proton X70 facelift 2022 (MC1) tertiris - AWD kembali, 2 pilihan enjin? 01

Spesifikasi untuk model Proton X70 facelift 2022 Minor Change 1 (MC1) yang akan datang di Malaysia seawal Mei 2022 nampaknya telah tertiris di media sosial. Sehubungan itu, beberapa khabar angin nampaknya benar di samping pengukuhan terdapat segelintir maklumat yang masih belum dipastikan. Berikut adalah rangkuman spesifikasi baharu tersebut.

Enjin 1.5-liter turbocaj untuk Proton X70

Spesifikasi Proton X70 facelift 2022 (MC1) tertiris - AWD kembali, 2 pilihan enjin? 02

Enjin 1.5 liter turbocaj

Berita yang paling menggemparkan ialah 4 daripada 5 varian dijangka akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbocaj, yang turut digunakan pada Proton X50. Ia merupakan enjin tiga silinder yang mampu menghamburkan sehingga 177 PS dan 255 Nm.

Hal ini bukan perkembangan baharu, kerana model eksport Proton X70 (seperti model pasaran Pakistan dan Bangladesh) juga mempunyai enjin yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang menarik adalah enjin 1.8 liter turbo TGDi yang lebih besar dalam model semasa Proton X70 akan kekal, hanya dalam satu-satunya varian Premium yang teratas. Output yang terdapat diatas kertas adalah 184 PS dan 300 Nm. Tanpa mengira pilihan enjin, semua varian akan menerima transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan (DCT).

Baca: Spyshot: Proton X70 bakal hadir dengan 1.5 TGDi dan pacuan AWD dalam perancangan?

Pacuan semua roda (All-Wheel Drive) kembali

Spesifikasi Proton X70 facelift 2022 (MC1) tertiris - AWD kembali, 2 pilihan enjin? 01

Penemuan kami menyokong intipan X70 AWD, dikesan awal tahun ini. Kredit: syahmey

Dalam satu dokumen yang tiba di meja sidang redaksi WapCar.my menunjukkan bahawa terdapat 5 varian yang ditawarkan, 2WD Standard, 2WD Eksekutif, AWD Eksekutif (baru), dan dua 2WD Premium, satu daripadanya mempunyai enjin 1.5 turbocaj manakala satu lagi 1.8 liter TGDi.

Ini adalah kali pertama pacuan semua roda (AWD) kembali pada Proton X70, selepas ia digugurkan pada tahun 2020, disebabkan oleh kadar permintaan yang rendah oleh pelanggan (kurang daripada 4% daripada jualan model 2019, iaitu 29,000 unit).

Penampilan baru dalam dan luar

Spesifikasi Proton X70 facelift 2022 (MC1) tertiris - AWD kembali, 2 pilihan enjin? 02

Model X70 semasa

Di luar daripada apa yang dikemaskini di bawah hud, Proton X70 MC1 akan menerima sentuhan visual luar dan dalam. Sebahagian daripada senarai itu termasuk:

  • Bumbung hitam
  • Bumper belakang rekaan baharu
  • Bumper hadapan rekaan baharu
  • Rim 19-inci rekaan baharu (untuk Premium 2WD sahaja)

Senarai menunggu dan harga Proton X70 di Malaysia

Spesifikasi Proton X70 facelift 2022 (MC1) tertiris - AWD kembali, 2 pilihan enjin? 03

Tak perlu tunggu

Tinjauan bersama para pengedar mendedahkan bahawa harga Proton X70 akan naik sedikit berbanding sekarang.

Jika pembeli ingin mengelak daripada harga baru ini dan memilih model pra-facelift, kami turut difahamkan bahawa senarai menunggu adalah minimum (terutamanya jika pembeli tidak memilih warna) dan penghantaran boleh dipenuhi sebelum tempoh pengecualian SST tamat pada 30-Jun 2022.

Harga semasa Proton X70 di Malaysia bermula daripada RM 94,800 (1.8 Standard 2WD) hingga RM 123,800 (1.8 Edisi Khas 2WD).

Baca: Kurang daripada 3 bulan lagi untuk harga bebas SST – Jenama mana boleh dapat kereta sebelum Jun?

Adakah ini satu-satunya kemas kini Proton untuk tahun ini?

Spesifikasi Proton X70 facelift 2022 (MC1) tertiris - AWD kembali, 2 pilihan enjin? 04

Kredit gambar: Funtasticko

Masih terdapat beberapa buah model yang disimpan Proton antaranya Proton Saga facelift dan Proton X90 (Geely Houyue) yang kedua-duanya selalu diintip dalam samaran.

Khabar angin awal menyatakan bahawa Proton Saga facelift akan dilancarkan bersama-sama Proton X70 facelift ini kerana pelancaran berlaku pada bulan Mei serentak namun ini juga masih belum dapat dipastikan.

Baca: Proton Saga baharu akan dilancarkan Mei 2022 - gaya baru, spesifikasi dipertingkat untuk kalahkan Bezza!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda