window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini!

Faisal · Jan 10, 2022 10:00 AM

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 01

UMW Toyota sebentar tadi baru sahaja mendedahkan spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid ke pasaran Malaysia. Varian teratas buat penawaran Corolla Cross yang dipasang di kilang Bukit Raja, Shah Alam (CKD) ini ditawarkan pada anggaran harga RM 137,808 (harga atas jalan, tanpa insurans).

Eksterior

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 02

Pada bahagian luar, Corolla Cross Hybrid hadir eksklusif dengan lencana Toyota yang berwarna biru bagi menandakan bahawa ia sebuah hibrid. Bercakap mengenai ini, emblem 1.8 G atau 1.8 V yang ada pada bahagian belakang juga diganti dengan tulisan ‘HYBRID’. Malah, lampu Bi-LED yang dispesifikasikan juga ada elemen berwarna biru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 01

Sebagai varian teratas, Corolla Cross Hybrid memperagakan rim 18 inci yang sama seperti varian pertengahan 1.8 V. Istimewa untuk model ini adalah pilihan warna Celestite Grey Metallic.

Satu perkara yang anda mungkin anda tidak tahu sebelum ini ialah Corolla Cross versi CKD lengkap sekali dengan rel bumbung dan cermin depan jenis akustik.

Interior

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 02

Pasaran kita tidak mendatangkan electric parking brake (EPB) seperti yang ada di Thailand.

Beralih pada bahagian kabin, Corolla Cross Hybrid tampil unik dengan kluster instrumen separa digital bersaiz 7 inci dan ia akan mengubah warna sekiranya pemandu menukar ke mod SPORT atau ECO melalui butang DRIVE MODE di konsol tengah.

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 03

Dalam masa yang sama, terdapat butang EV Mode untuk pemanduan elektrik sepenuhnya dan karpet bahagian dalam yang digunakan juga ada aksen warna biru.

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 04

Walaupun ia sebuah hibrid, kapasiti but belakangnya masih kekal pada 440 liter kerana bateri hibrid diletakkan di bawah tempat duduk belakang.

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 05

Apapun, tayar ganti jenis jimat ruang tetap didatangkan.

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 06

Selain daripada itu, Corolla Cross Hybrid tampil dengan ciri yang serupa dengan varian 1.8 V. Antaranya seperti:

  • Larasan elektrik untuk tempat duduk pemandu
  • Lampu nyalaan kabin
  • Infotainment 9 inci dengan Apple CarPlay & Android Auto
  • Kamera 360-darjah
  • But belakang berkuasa
  • Pengelap cermin automatik
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Pengecas telefon tanpa wayar (tambahan)
  • Perakam DVR (tambahan)

Trenkuasa

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 07

Corolla Cross Hybrid dikuasakan oleh gabungan enjin 1.8L 2ZR-FXE berkitaran Atkinson (98 PS, 142 Nm) dan motor elektrik (53 PS, 163 Nm). Sistem ini menghembuskan 122 PS dan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi e-CVT.

Keselamatan

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 08

Untuk aspek ciri keselamatan, SUV segmen C berkuasa hibrid ini dilengkapkan dengan sistem bantuan keselamatan autonomi Toyota Safety Sense yang mana ia merangkumi:

  • Pre-collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan kelajuan penuh
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Spesifikasi Toyota Corolla Cross Hybrid 2022 untuk Malaysia didedah – pelancaran Jumaat ini! 09

Secara amnya, Corolla Cross Hybrid datang dengan waranti yang berkait dengan hibrid selama 8 tahun tanpa had perbatuan. Ia boleh dilanjutkan lagi 2 tahun dengan kos RM 2,950. Pembeli yang berminat boleh melihat pelancaran ataupun terus ke bilik pameran Toyota seluruh negara bermula 14 Januari ini.

Juga bacaSAH: Toyota Corolla Cross Hybrid bakal dilancar ke Malaysia 14 Jan 2022, dari RM 137k, CKD

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia