Toyota Harrier 2021 XU80 adalah model generasi keempat untuk Toyota Harrier. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, spesifikasi model Toyota Harrier 2021 ini telah didedahkan oleh seorang pembaca Wapcar.my.
Toyota Harrier 2021 XU80 adalah model generasi keempat untuk Toyota Harrier. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, spesifikasi model Toyota Harrier 2021 ini telah didedahkan oleh seorang pembaca Wapcar.my.
Jangkaan awal kami mengenai model Toyota Harrier 2021 ini adalah tepat. Ia akan hadir dengan enjin NA dan tiada enjin hybrid untuk pasaran Malaysia. Enjin 2.0 liter NA Dynamic Force yang menjana SUV ini dipadankan dengan transmisi Direct Shift CVT.
Susun atur Toyota Harrier ini juga mantap. Dibangunkan di atas platform TNGA-K, ia menggunakan sistem suspensi double wishbone - memberikan keselesaan pemanduan yang sangat mantap bagi mereka yang menghargainya.
Tampil dengan hanya 1 varian, Toyota Harrier dilengkapi dengan bumbung suria panorama, bukaan but pengesan kaki dan lampu hadapan Bi-LED. Fungsi paling sarat ada pada cermin sisi; didatangkan dengan Blind Spot Monitor (BSM), lipatan automatik dan lampu aluan (welcome light).
5 warna ditawarkan iaitu White Pearl Crystal Shine, Steel Blonde Metallic, Dark Blue Metallic, Slate Grey Metallic, dan Precious Black.
Sebagai sebuah model mercu Toyota, ia akan hadir dengan suite ADAS Toyota Safety Sense.
Suite ini meliputi Pre-Crash System, Lane Departure Alert (LDA) dengan bantuan stereng, Lane Tracing Assist (LTA), Cruise Control menggunakan radar dinamik (RDCC) dan Lampu Tinggi Adaptif.
Harga bagi Toyota Harrier generasi sekarang ketika pelancaran adalah sebanyak RM 238k. Dengan landskap ekonomi sekarang, nilai tukaran asing sedikit tinggi ditambah pula dengan cukai CBU yang dikenakan. Adakah harganya mampu mencecah harga siling RM 300k?
Bacaan Lanjut:
Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k!
Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh!
Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury
Upgrade
Add your car
2022 Perodua Ativa AV 1.0
2023 Proton X50 TGDI Flagship 1.5
2023 Proton X50 Premium 1.5