window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: 2023 Subaru XV generasi baharu guna enjin 'Boxer' 1.5 turbocaj, lampu belakang 'sepit ketam'?

Haris · Jul 28, 2022 01:00 PM

Spyshot: 2023 Subaru XV generasi baharu guna enjin 'Boxer' 1.5 turbocaj, lampu belakang 'sepit ketam'? 01

XV spyshot credit: ochamu23

Subaru XV merupakan antara 2 model yang dipertaruhkan oleh Subaru Malaysia dalam menyaingi pasaran SUV yang sengit. Baru sahaja memperkenalkan model facelift 2021, Subaru XV sebenarnya telah lama bertapak apabila dilancarkan pada tahun 2017 di pentas global.

Spyshot: 2023 Subaru XV generasi baharu guna enjin 'Boxer' 1.5 turbocaj, lampu belakang 'sepit ketam'? 02

Subaru Impreza generasi sekarang

SUV segmen C kompak itu (turut dikenali sebagai Subaru Crosstrek di Amerika Syarikat) adalah model yang berasaskan Subaru Impreza, hatchback segmen C syarikat itu. Ketika ini, portal automotif di Jepun telah meramal bahawa Subaru XV kini dalam fasa pembangunan model baharu, di mana ia boleh dilancarkan seawal tahun 2023.

Sebagai sebuah model 'crossover' sejati, Subaru XV melakar jualan dengan keunikan segmennya itu lalu mendapat penerimaan yang sangat baik di pentas global justeru menjadikannya model penting, bukan sahaja di Malaysia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by おさむ (@ochamu23)

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Unit samaran yang dipercayai Subaru XV generasi baharu ini dikesan oleh seorang pengguna media sosial di Jepun. SUV misteri itu dilihat sedang diuji di daerah Ibaraki.

Berdasarkan apa yang dapat dilihat, kebanyakan perinciannya kelihatan sama dengan model generasi sekarang dari segi reka bentuk. Walaupun tidak menawarkan rekaan yang drastik atau menjolok mata, pembeli Subaru tentunya tidak kisah kerana yang penting adalah ciri "mekanikal premium" yang sinonim dengan Subaru.

Antara yang masih dikekalkan tentulah rak bumbung, bahagian belakang yang dipertingkat dan perincian clading yang menonjol dapat dilihat melingkari separuh bawah badan crossover itu.

Selain itu, Subaru XV juga dilihat bakal menggunakan lampu belakang yang kelihatan seperti "sepit ketam", gaya baharu Subaru yang dapat dilihat pada model terkini seperti 2020 Subaru Levorg generasi baharu pasaran Jepun.

Spyshot: 2023 Subaru XV generasi baharu guna enjin 'Boxer' 1.5 turbocaj, lampu belakang 'sepit ketam'? 01

Perhatikan lampu belakang Subaru Levorg ini

Selain Jepun, Subaru XV generasi baharu ini juga dikesan di Amerika. Sekali lagi, siluet keseluruhan adalah mirip dengan Subaru XV yang dijual sekarang. Jika dirujuk dengan beberapa model Subaru yang lain seperti Levorg dan Outback, berkemungkinan besar, Subaru XV generasi seterusnya ini akan mengenakan rupa yang lebih matang dan eksekutif.

Luar daripada rupa yang matang itu, satu lagi perubahan yang boleh mungkin akan ditawarkan adalah pengenalan enjin boxer 1.5 liter pengecas turbo yang lebih kecil - menggantikan enjin ganti kepada 1.6 liter aspirasi semula jadi (115 PS/148 Nm) yang ditawarkan di Jepun. Selain daripada enjin NA tersebut, Subaru Jepun turut menawarkan enjin hibrid e-Boxer 2.0 liter (gabungan 159 PS/253 Nm).

Spyshot: 2023 Subaru XV generasi baharu guna enjin 'Boxer' 1.5 turbocaj, lampu belakang 'sepit ketam'? 02

Di Malaysia, Subaru XV hanya ditawarkan dengan enjin Boxer 2.0 liter aspirasi semula jadi (156 PS/196 Nm) dalam dua varian bermula daripada RM 140k. Daya tarikan crossover ini tentunya suite ADAS Subaru Eyesight yang paling lancar pernah kami uji. Tak percaya? Ikuti ulasan kami seperti berikut.

Baca: Rebiu: 2022 Subaru XV Eyesight - Pacuan AWD tak penting tapi tetap seronok kalau ada!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Subaru XV 2.0i

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda