window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SPYSHOT: Adakah ini Perodua Ativa Hybrid 2022? Akan diperkenal di Malaysia lebih awal?

Faisal · Jul 28, 2022 09:30 AM

SPYSHOT: Adakah ini Perodua Ativa Hybrid 2022? Akan diperkenal di Malaysia lebih awal? 01

Kredit foto: Shavinish Nash. 

Kira-kira 7 hari selepas Perodua Alza D27A 2022 dilancarkan di Malaysia, tertular pula intipan Perodua Ativa Hybrid 2022 yang bukan main jelas lagi.

SPYSHOT: Adakah ini Perodua Ativa Hybrid 2022? Akan diperkenal di Malaysia lebih awal? 02

Sekali pandang, model di atas treler ini nampak sebiji macam Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid. Rim 5 skru yang terdedah juga nampak sama macam yang diguna pada Alza.

SPYSHOT: Adakah ini Perodua Ativa Hybrid 2022? Akan diperkenal di Malaysia lebih awal? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, lokasi yang dituju oleh treler ini juga masih menjadi persoalan tetapi memandangkan imej-imej ini tersebar dalam Facebook, bermacam-macam tanggapan telah dikeluarkan oleh para netizen. Antaranya seperti ia sekadar unit sewaan, unit yang terhad dan bermacam-macam lagi. Apapun setakat ini, belum ada maklumat rasmi.

SPYSHOT: Adakah ini Perodua Ativa Hybrid 2022? Akan diperkenal di Malaysia lebih awal? 01

Kredit foto: Zhaff Hudson.

Tetapi kalau diingat kembali, Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad pernah berkata, “Sebelum elektrik, kami akan keluarkan hibrid dahulu supaya pelanggan dapat menyesuaikan diri dan faham akan kenderaan elektrik dan disebabkan itu, mereka mungkin perlu ubah cara dan gaya hidup memandu”.

Juga bacaCEO Perodua beri petanda Perodua Ativa Hybrid, EV bateri mampu milik kini sedang dikaji dengan TNB

Walaupun sebarang tarikh azimat belum lagi didedahkan, gambar-gambar ini jelas menunjukkan bahawa mereka memang sedang membangunkan sesuatu.

Spesifikasi Perodua Ativa Hybrid

SPYSHOT: Adakah ini Perodua Ativa Hybrid 2022? Akan diperkenal di Malaysia lebih awal? 02

Kereta yang diasasnya iaitu Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid menggunakan enjin 3 silinder 1.2L (WA-VEX) tetapi sebagai hibrid siri, enjinnya tidak memandu kereta langsung. Tugasnya hanya untuk mengecas bateri 4.3 Ah yang terletak pada bahagian belakang.

Penggunaan petrol yang didakwa pula adalah serendah 3.6 liter/100 km (kitaran WLTC).

Untuk makluman anda, antara ciri unik yang ada pada Rocky e;Smart Hybrid termasuklah ADAS yang dinaik taraf, brek parkir elektrik (EPB) dan sedikit kelainan pada bahagian eksterior. Apapun, platform yang diguna adalah sama iaitu Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Juga bacaVideo: Adakah Perodua sedang mengacah Ativa Hybrid dengan video mesra alam baharu ini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda