window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang!

Haris · May 5, 2021 05:30 PM

Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang! 01

Proton Iriz Active baru sahaja tampil dengan gambar intipan luar dengan cladding plastik yang meliputi bahagian bawah hatchback tersebut. Kali ini, skrin infotainment bahagian dalam pula kini tertiris.

Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambar yang diterima oleh Funtasticko ini memperlihatkan skrin infotainment jenis terapung yang mirip Proton Saga facelift 2019. Selain itu, ini juga bermakna bahawa skrin infotainment heksagon yang bergaya sebelum ini bakal diubah.

Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang! 01

Posisi corong penyaman udara di sisi juga diubah ke bahagian bawah. Kedudukan tersebut nampak lebih selari dengan posisi pemandu paras dada dan pastinya suatu perubahan yang dialu-alukan. Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, Proton Iriz Active menggunakan tombol pelarasan yang diambil daripada Proton X50.

Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang! 02

Rekaan kabin Proton Iriz sekarang

Secara peribadi, rekaan konsol tengah heksagon Proton Iriz nampak lebih cantik dan bersepadu dengan keseluruhan kabin. Namun, bagaimana pula pendapat anda? Adakah skrin infotainment gaya terapung adalah rekaan yang lebih menarik?

Baca juga:

Spyshot: Proton Iriz Active crossover tanpa samaran - ‘cladding’ plastik, bumbung hitam, rim baru?

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula?

Proton Iriz 2021 baru – varian Active dan segalanya yang anda perlu tahu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda