window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Chery Tiggo 5x dikesan lagi di Malaysia. Pasaran RHD pertama?

Mersita · Mar 29, 2021 05:00 PM

Spyshot: Chery Tiggo 5x dikesan lagi di Malaysia. Pasaran RHD pertama? 01

Kredit gambar: Roberto Calleja

Chery Tiggo 5x jauh sekali bezanya dengan klon Tiggo ‘ori’ Toyota RAV4 generasi kedua, tapi kehadiran jenama ini di Malaysia agak senyap kebelakangan ini. Namun, segalanya berubah apabila baru-baru ini, satu lagi gambar intipan model ini di Kuala Lumpur mula dikongsi di media sosial.

Spyshot: Chery Tiggo 5x dikesan lagi di Malaysia. Pasaran RHD pertama? 02

Tiggo 5x yang kami laporkan dahulu, lampu breknya lebih terlindung di dalam gambar intipan terbaru ini

Berdasarkan plat perdagangannya, ia tampak seperti Tiggo 5x yang kami pernah laporkan sebelum ini. SUV berceloreng ini yang pastinya tampak kompak, namun ia sebenarnya lebih besar sedikit berbanding Proton X50.

Dimensi
Model Chery Tiggo 5x Proton X50
Panjang (mm) 4,338 4,330
Lebar (mm) 1,830 1,800
Tinggi (mm) 1,645 1,609
Jarak Roda (mm) 2,630 2,600

Imbas semula, Chery pernah popular bersama Eastar. Namun, model seterusnya iaitu Maxime tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Tiggo juga pernah dijual di Malaysia, namun ia dianggap sebagai model Toyota RAV4 celup yang kurang menarik dan ia tidak begitu berjaya pada masa itu.

Baca juga: SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Chery Tiggo 5x dikesan lagi di Malaysia. Pasaran RHD pertama? 01

Tiggo 5x boleh didapati samada dengan enjin beraspirasi natural (NA) 1.5 liter (113 PS/138 Nm), enjin NA 2.0 liter (122 PS/180 Nm), ataupun enjin turbo 1.5 liter (147 PS/210 Nm) di pasaran berlainan.

Spyshot: Chery Tiggo 5x dikesan lagi di Malaysia. Pasaran RHD pertama? 02

Tiggo 5x spesifikasi Latin Amerika ditunjukkan

Buat masa ini, Chery hanya dijual di pasaran pemanduan sebelah kiri (LHD). Memandangkan Tiggo 5x sudah dikesan beberapa kali di Malaysia, adakah negara kita akan menjadi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertama bagi pengeluar kereta China ini setelah sekian lama? Kita tunggu dan lihat!

Baca juga:

Spyshot: Kelibat Chery Tiggo 5x di Malaysia, satu lagi pencabar Proton X50 dari China?

Spyshot: GAC Trumpchi GS3 dikesan di Malaysia, pencabar Proton X50 dari China?

Spyshot: MG ZS EV 2021 di lebuh raya, masih ada peminat SUV elektrik!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda