window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita?

Faisal ยท Oct 28, 2022 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Intipan yang dijumpai di Bukit Bintang ini pasti menimbulkan sinar harapan buat peminat jenama itu. Lagipun, Citroen baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah kembali di pasaran Indonesia. Jadi, adalah Malaysia projek mereka yang seterusnya?

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 01

Sejujurnya, Citroen C3 ini mungkin hanya diuji untuk tujuan pembangunan dalaman oleh Stellantis, iaitu syarikat induk buat Citroen.

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 02

Untuk makluman anda, nombor plat dagangan yang digunakan pada model ini dilihat sama dengan Citroen C4 yang diintip pada tahun lepas. Kalau anda nak tahu, walaupun Citroen telah keluar dari pasaran Malaysia, BAASB tetap mengambil alih sokongan selepas pembelian buat pemilik sedia ada.

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 03

Bagi anda yang belum tahu, Stellantis telah sepenuhnya mengambil alih kilang Gurun dari Naza dan mereka hendak menjadikan Malaysia sebagai hab produksi untuk Asia Tenggara. Setakat ini, Malaysia sudahpun menjadi hab rantau latihan buat Stellantis. Jadi, samaran Citroen C3 yang dilihat ini mungkin bukan untuk tujuan pelancaran.

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 04

Citroen C3 di pasaran India.

Mengenai crossover hatchback segmen B ini, ia dikhaskan untuk pasaran membangun seperti Amerika Selatan dan India. Asalnya, Citroen C3 diperkenalkan pada Jun 2022 dan ia dipasang di Tiruvallur, India.

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 05

Unit 1.2L turbo.

Di sana, Citroen C3 dikuasakan oleh enjin 1.2L 3 silinder NA dan turbo, masing-masing menghasilkan 82 PS/115 Nm dan 110 PS/190 Nm. Unit NA digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan, manakala unit turbo pula dengan 6 kelajuan.

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 06

Pilihan transmisi automatik pula dijangka membuat pelancaran di India pada Januari 2023. Secara amnya, Citroen C3 merupakan kereta yang cukup ringkas. Varian atas sekalipun tiada pengelap cermin, lampu depan jenis LED, pusat kunci dan bacaan RPM.

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 07

Kluster digital ada tapi bacaan RPM tiada?

Apapun, ia tetap hadir dengan infotainment 10.2 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto jenis nirwayar. Menariknya, kamera undur tiada langsung dan roda aloi adalah aksesori tambahan.

Spyshot: Citroen C3 diintip di Malaysia, adakah jenama Citroen akan kembali di tanah air kita? 08

Jadi, Citroen C3 mungkin tidak dijual di Malaysia kerana ia tidak sesuai dengan permintaan pasaran kita. Malah, Citroen sendiri mungkin tidak akan kembali di Malaysia, kecualilah Stellantis buat pengumuman baru.

Juga bacaSPYSHOT: Citroen C3 2021 dikesan di Malaysia, tapi atas tujuan apa?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda