window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series?

Haris ยท May 20, 2021 03:00 PM

Spyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series? 01

Berikutan banyak gambar intipan Peugeot 2008 dan Peugeot 508 di atas jalan raya Malaysia, ini satu lagi kereta Perancis untuk menambah daya tarikan yang elegan, iaitu DS9 2021 daripada DS Automobiles kiriman pembaca Wapcar.my, David Boh Ze Wei.

Spyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series? 02

Unit pandu uji adalah unit pemanduan kiri (LHD)

DS9 dibangunkan menggunakan casis EMP2 yang sama dengan Peugeot 508. Selain itu, DS9 juga disasarkan untuk bersaing dengan model seperti BMW 5 Series dan Mercedes-Benz E-Class, dengan dimensi yang serupa. Berikut adalah dimensi DS9 yang menyaingi model eksekutif Jerman:

Dimensi DS9 2021
Panjang 4,934 mm
Lebar 1,932 mm
Tinggi 1,460 mm
Jarak Roda 2,895 mm

Spyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model pasaran Eropah ditawarkan dalam 3 pilihan trenkuasa: PureTech 225 petrol dan dua varian hibrid plug-in, E-Tense 225 dan E-Tense 4x4 360 varian teratas. Kesemua model ini digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan .

Spyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series? 01

Performance Line dengan kemasan yang lebih premium

Elegan luar dan dalam, kabin DS9 menggunakan kemasan kulit Alcantara atau Nappa, bergantung pada varian. Ciri tambahan merangkumi tempat duduk yang dipanaskan dengan ventilasi dan fungsi mengurut, sistem audio keliling Focal 14-pembesar suara dan kluster instrumen digital.

Spyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series? 02

Dari segi keselamatan aktif, ia mendapat rangkaian pemanduan berautonomi DS Drive Level 2, serta sistem suspensi DS Active Scan yang sensitif, merasai jalan dan menyesuaikan peredaman dengan sewajarnya - seperti mana model Genesis G80 yang juga dilihat di sini baru-baru ini.

Spyshot: Citroen DS 9 2021 di Malaysia, pencabar terbaru Merc E-Class dan BMW 5-Series? 03

Peugeot 2008 di belakang DS9

Masih terlalu awal untuk menjangkakan sama ada model ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Perlu diingatkan, Berjaya Auto Alliance Sdn. Bhd. (BAASB) hanya mengambil alih servis selepas jualan jenama Citroen dan DS (merangkumi alat ganti dan sebagainya) namun bukan hak pengedaran.

Bacaan Lanjut: 

Spyshot: Genesis G80, versi sedan GV80 ini akan dilancarkan di Malaysia ke?

Spyshot: Citroen DS3 Crossback dan Peugeot 508 dilihat lagi - bakal dilancarkan?

Spyshot: Peugeot 2008, Peugeot 508 dan DS3 Crossback di Putrajaya, pelancaran kian tiba?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Citroen DS5 1.6 THP

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda