Spyshot: Ford Ranger Raptor baru terlihat di Thailand – serba baru atau facelift?

Zamil Syaheer · Apr 2, 2021 03:00 PM

Spyshot: Ford Ranger Raptor baru terlihat di Thailand – serba baru atau facelift? 01

Ford Ranger Raptor 2021 telah dilihat di Thailand. Trak pikap ini dilitupi dengan penyamaran yang agak ketara, tetapi anda boleh lihat beberapa ciri-ciri yang ada pada varian Raptor seperti tayar BF Goodrich K02 dengan roda berukuran 17 inci, ‘fender flare’, side step, dan juga plat kelincir bawah di depan.

Spyshot: Ford Ranger Raptor baru terlihat di Thailand – serba baru atau facelift? 02

Tahun lalu, Ford Ranger 2021 yang dikemas kini dilancarkan di Thailand bersama-sama dengan Everest. Namun, tidak ada Ranger Raptor kemas kini yang diumumkan – bermakna imej intipan ini mungkin adalah model kemaskini.

Spyshot: Ford Ranger Raptor baru terlihat di Thailand – serba baru atau facelift? 01

Perubahan pada model kemas kini agak sikit sahaja, seperti gril trapezoidal baru dan shutter roller berkuasa yang dapat menutup bahagian kabin belakang. Ranger Raptor yang dikemas kini (sekiranya demikian) mungkin akan membawa perubahan yang serupa.

Spyshot: Ford Ranger Raptor baru terlihat di Thailand – serba baru atau facelift? 02

Enjin 2.0 liter bi-turbo yang menghasilkan 213 PS/500 Nm mungkin akan digunakan semula untuk model kemas kini ini, termasuklah transmisi automatik 10-kelajuan.

Juga baca: Ford Ranger Wildtrak 2021 – ‘Power Roller Shutter’, bagaimana ia berfungsi?

Spyshot: Ford Ranger Raptor baru terlihat di Thailand – serba baru atau facelift? 03

Namun demikian, ada kebarangkalian model yang sedang diuji pandu ini mungkin merupakan model ujian untuk Ford Ranger generasi seterusnya. Ford Ranger generasi terkini telah wujud sejak tahun 2011 dan kini dalam fasa terakhir. Oleh itu, tak salah untuk jangkakan model serba baru.

Juga baca: Ford Ranger serba baru: debut seawal tahun 2022, pembangunan kilang giat dijalankan

Spyshot: Ford Ranger Raptor baru terlihat di Thailand – serba baru atau facelift? 04

Pre-facelift Ford Ranger Raptor

Ini kerana uji pandu untuk Ford Ranger generasi akan datang sepatutnya sudah bermula. Ford juga telah mengumumkan bahawa produksi Ford Ranger serba baru akan bermula di kilang Afrika Selatan mereka pada tahun 2022.

Di Malaysia pula, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) belum memperkenalkan kemas kini terbaru dari Ford Ranger yang dikemas kini. Kami menjangkakan 2021 Ford Ranger kemas kini akan tiba pada akhir tahun ini.

Juga baca: Ford Ranger Raptor X Edisi Khas diperkenalkan – RM 6k untuk warna merah mak ngah, DVR Kenwood!

Imej daripada: FB@MZCrazyCars, Khew KhruaWong

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Sehingga 20% lebih tinggi berbanding harga biasa

Ford Ranger Double Cab Wildtrak 2.0L Turbo 4×2 6MT 2022

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru