Spyshot: GAC Trumpchi GS3 dikesan di Malaysia, pencabar Proton X50 dari China?

Haris · Jan 19, 2021 04:00 PM

Spyshot: GAC Trumpchi GS3 dikesan di Malaysia, pencabar Proton X50 dari China? 01

Sebuah SUV misteri telah dilihat sedang diuji di Malaysia. Pada awalnya, sukar untuk menentukan model SUV manakah di bawah samaran tersebut.

Namun begitu, beberapa petanda awal menjuruskan model tersebut adalah GAC Trumpchi GS3 Power, sebuah SUV segmen B dari jenama GAC (Guangzhou Automobile Group).

Spyshot: GAC Trumpchi GS3 dikesan di Malaysia, pencabar Proton X50 dari China? 02

Dikongsikan kepada laman Funtasticko oleh pembaca Jad BG, SUV misteri ini dikatakan berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur. Melihat kepada keadaan samaran yang begitu terperinci, agak sukar sebenarnya untuk meneka model yang tepat untuk SUV ini.

Spyshot: GAC Trumpchi GS3 dikesan di Malaysia, pencabar Proton X50 dari China? 01

Trumpchi GS3 dari China

Antara penilaian awal yang dapat dilihat adalah, cermin sisi SUV tersebut dipasangkan pada bahagian badan. Hal ini bermakna, model SUV dengan cermin sisi yang dipasangkan pada bahagian cermin kereta boleh disingkirkan.

Terdapat beberapa perincian berbeza yang memberikan sedikit percanggahan kecil.

  1. Bahagian antena tidak terdapat pada model GAC Trumpchi GS3 
  2. Rel bumbung GAC Trumpchi GS3 pula tidak dilihat pada SUV misteri.  

Spyshot: GAC Trumpchi GS3 dikesan di Malaysia, pencabar Proton X50 dari China? 02

Apa yang mendorong kepada penilaian bahawa ini merupakan sebuah SUV dari GAC adalah Edaran Tan Chong telah menandatangani memorandum untuk membawa masuk model di bawah jenama GAC ke Malaysia dan Vietnam. 

Spyshot: GAC Trumpchi GS3 dikesan di Malaysia, pencabar Proton X50 dari China? 03

GAC Trumpchi GS3 spesifikasi China

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada model ini akan menjadi model pengenalan bagi Malaysia atau cubaan awal bagi tujuan pembangunan.

ETCM dilihat mahu bangkit semula menyaingi pemain industri yang lain, dengan Nissan Almera baharu yang diberikan sentuhan khas untuk pasaran Malaysia. Di samping itu, ETCM juga didapati mempunyai perancangan untuk membawa beberapa jenama baharu ke rantau ASEAN.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru